Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
216) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program bantuan kesihatan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu program iaitu Program Bantuan Sihat Selangor, di mana bantuan kewangan akan diberikan kepada pemohon yang layak bagi menampung kos rawatan kesihatan yang tinggi. Pada tahun 2017, sebanyak RM5.5 juta telah diperuntukkan bagi meringankan beban kos rawatan yang ditanggung oleh rakyat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5 juta telah dikhususkan untuk menampung kos rawatan dialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan selebihnya untuk lain-lain jenis bantuan kesihatan. Di antara bantuan kesihatan yang ditawarkan di bawah Program Bantuan Sihat Selangor adalah seperti berikut :
- Bantuan katarak mata;
- Bantuan pembedahan kecil;
- Bantuan pembelian kaki palsu; dan
- Bantuan alatan kesihatan termasuk lampin pakai buang dan susu.
-
Berapakah jumlah penerima manfaat program tersebut?
Bermula pada tahun 2010 sehingga 20 Julai 2017, sebanyak 2,843 penerima manfaat telah menerima bantuan di bawah program Bantuan Sihat Selangor. Dalam tempoh tersebut, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM6,927,619.90 Perincian perbelanjaan mengikut jenis bantuan adalah seperti Jadual 1 berikut :
JENIS BANTUAN / TAHUN TAHUN 2010 SEHINGGA 20 JULAI 2017
LULUS JUMLAH (RM) DIALISIS 1,521 4,204,262.00 KATARAK MATA 455 272,359.50 PEMBEDAHAN KECIL 234 738,220.00 KAKI PALSU 34 130,900.00 LAIN-LAIN RAWATAN 599 1,581,878.40 JUMLAH 2,843 6,927,619.90 Jadual 1 : Statistik jumlah kelulusan Bantuan Sihat Selangor
bagi tahun 2010 sehingga 20 julai 2017
-
Nyatakan jumlah bantuan kesihatan kepada Rakyat Selangor sehingga kini.
Sama seperti di SUB (b)