Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
186) PROGRAM BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah penambahbaikan polisi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?
Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan bagi Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dibuka bermula 4 Julai 2024. Pelaksanaan BINGKAS telah ditambah baik dari aspek polisi khususnya bagi syarat kelayakan permohonan iaitu:
- Syarat pendapatan bulanan isi rumah iaitu daripada RM3,000.00 dan ke bawah dipinda kepada RM5,000.00 dan ke bawah; dan
- Syarat jumlah tanggungan minimum daripada seorang dipinda kepada dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
Selain itu, bagi memastikan manfaat BINGKAS diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, Kerajaan Negeri menetapkan polisi zero balance iaitu sebarang baki manfaat dalam e-wallet pengguna BINGKAS tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menambah modul pemerkasaan selain bantuan kewangan bagi penerima dan ahli keluarga penerima BINGKAS?
Kerajaan Negeri akan merangka pelan exit policy dengan melaksanakan projek rintis pemerkasaan penerima manfaat BINGKAS pada bulan ke-18. Kerajaan Negeri juga akan mensejajarkan penerima manfaat dengan program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang bersesuaian.