Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
137) PROGRAM BANTUAN FOOD STAMP
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima bantuan Food Stamp sehingga September 2016 mengikut DUN?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 100 buah keluarga dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor untuk memperolehi faedah daripada Program ‘Smart Selangor Food Stamp’. Sehingga September 2016, sebanyak 5,404 buah keluarga telah menerima manfaat dari program tersebut. Senarai penerima bantuan Program ‘Smart Selangor Food Stamp’ mengikut pecahan DUN dari bulan Jun hingga Ogos 2016 adalah seperti di Jadual 1.
-
Bagaimanakah kaedah pemilihan penerima bantuan ini?
Kerajaan Negeri telah menetapkan kriteria-kriteria penerima bantuan program ‘Smart Selangor Food Stamp’ adalah seperti berikut:-
- Lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman);
- Terbuka kepada semua kaum;
- Berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500.00 sebulan; dan
- Pengundi di DUN tersebut.
Selain daripada itu, senarai calon nama penerima bantuan program ini adalah ditentukan dan dipilih oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dengan jumlah penerima bantuan seramai 100 orang dari setiap DUN dan nama-nama penerima berkenaan perlu disahkan oleh Yang Berhormat ADUN Kawasan berkenaan.