Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
93) PROGRAM BANTUAN DAN PEMBERDAYAAN NELAYAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk program bantuan dan pemberdayaan untuk para nelayan yang sediada serta program baharu bagi memastikan kelangsungan pendapatan serta kebajikan para nelayan?
Antara bentuk program bantuan dan pemberdayaan nelayan Negeri Selangor bagi memastikan kelangsungan pendapatan serta kebajikan para nelayan adalah :
i- Bantuan jaring
ii- Bantuan Peralatan Pelayaran (GPS)
Sementara itu kerajaan persekutuan juga menjalankan bantuan kepada nelayan Negeri Selangor bagi memastikan kelangsungan pendapatan serta kebajikan para nelayan contohnya adalah :
- Elaun Sara Hidup Nelayan (RM200.00/Setiap bulan)
- Skim Perlindungan Insurans Nelayan
- Bantuan Subsidi Minyak Diesel & Petrol
- Insentif Hasil Tangkapan Nelayan
- Bantuan Projek Khas Perumahan Nelayan (Baikpulih dan Bina Baru)
- Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan
- Dana Nelayan
- Pembinaan dan Baik Pulih Kompleks / Jeti Pendaratan Ikan
- Penyelenggaraan Kebun Ikan (Unjam)
- Bantuan Akuakultur
SISIPAN TAMBAHAN
Senarai bantuan yang telah disalurkan kepada nelayan di seluruh daerah Negeri Selangor dari tahun 2012 hingga 2018 :
Tahun Kawasan Bilangan penerima Jenis Bantuan 2012 Kuala Langat 19 Jaring, Sampan, Enjin Sangkut Jumlah 19 2013 Kuala Selangor 23 Enjin Sangkut & Peralatan Akuakultur Gombak/Petaling 3 Peralatan Akuakultur Hulu Langat 1 Peralatan Akuakultur Hulu Selangor 1 Peralatan Akuakultur Klang 3 Peralatan Akuakultur Kuala Langat 10 Peralatan Marin & Peralatan Akuakultur Sabak Bernam 1 Peralatan Akuakultur Jumlah 42 2014 Kuala Selangor 49 Jaring, Sampan, Enjin Sangkut, Alatan Keselamatan
Sabak Bernam 556 Kuala Langat 24 Jumlah 629 2015 Kuala Selangor 31 Sampan, Enjin Sangkut, Jaring Sabak Bernam 14 Sampan, Enjin Sangkut, Jaring, Penyejukbeku Kuala Langat 6 Sampan, Net hauler Jumlah 629 2018 Kuala Selangor , Kuala Langat & Sabak Bernam 333 orang Jaring Udang Tiga Lapis (1 ½ Inci)
Jaring Ikan Senangin (2 ¾ Inci)
Jaring Ikan Senangin (4 Inci) Jaring Ikan Bawal Jumlah 333 Selain daripada Jabatan Perikanan Malaysia, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga antara memainkan peranan dalam pembangunan sumber ekonomi para nelayan. Agensi tersebut juga telah menerima beberapa peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk bagi program-program pembangunan untuk para nelayan dan juga penternak akuakultur antaranya program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia adalah :
BIL PROJEK / PROGRAM /BANTUAN NILAI PROJEK / PROGRAM (RM)
1. Elaun Sara Hidup Nelayan (RM300.00/setiap bulan) RM13 Juta 2. Bantuan Subsidi Diesel & Petrol RM36 Juta 3. Insentif Pengisytiharan Hasil Tangkapan Nelayan RM1.1 Juta 4. Bantuan Baik Pulih Rumah Nelayan RM1.36 Juta 5. Bantuan Bencana dan Kebajikan Nelayan RM50,000.00 6. Pembinaan dan Baik Pulih Kompleks / Jeti Pendaratan Ikan RM4.1 Juta 7. Penyelenggaraan Kebun Ikan (Unjam) RM97,000.00 8. Bantuan Akuakultur RM300,000.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM55,957,000.00 Juta