Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

125) PROGRAM BANTUAN DAN PEMBANGUNAN OKU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan OKU menurut DUN yang telah berdaftar di bawah JKM di seluruh Negeri Selangor?

    Berdasarkan rekod dari Jabatan seramai 39,613 orang kurang upaya (OKU) telah berdaftar di seluruh Negeri Selangor dari tahun 1990 hingga 2009 (Mac).

  2. Berapakah bilangan pemohon menurut DUN di seluruh Negeri Selangor yang memohon agar didaftarkan sebagai OKU di bawah JKM tetapi ditolak pendaftarannya?

    Berdasarkan rekod pada tahun 2009 sebanyak 24 kes tertangguh pendaftaran permohonan kad OKU kerana tidak menepati penjelasan kategori ketidakupayaan. Contohnya kes-kes seperti Strok, Hypertension, Parkinson, Sakit Jantung dan lain-lain.

  3. Apakah program bersepadu yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menjayakan program bantuan dan pembangunan OKU di seluruh Negeri Selangor?

    Antara program bersepadu yang telah diwujudkan bagi menjayakan program bantuan dan pembangunan OKU ialah :

     

    • Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS)
    • Hari Bertemu Pelanggan Intergensi bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
    • Jemputan penyertaan Hari Bertemu Pelanggan Agensi lain seperti Program Disability Awareness Training bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan lain-lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.