Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

108) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan penerima bantuan Blueprint DUN Balakong pada tahun 2024.

    Untuk makluman Yang Berhormat Balakong Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah program bantuan yang dilaksanakan mengikut daerah di mana borang permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh YB EXCO Pembasmian Kemiskinan untuk kelulusan.

     

    Data jumlah penerima manfaat Program Bantuan Peralatan Blueprint pembasmian kemiskinan mengikut daerah bagi Daerah Hulu Langat bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

     

    Tahun Jumlah Penerima Manfaat Peruntukan
    2024 60 orang RM410,639

Lampiran

Tiada Lampiran.