Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
172) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia mengeluarkan garis panduan untuk menambahbaikkan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?
Paras Garis Kemiskinan bagi negeri Selangor secara dasarnya telah ditetapkan sebanyak RM1,500.00 seisi rumah melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 1/2009 pada 7 Januari 2009. Di antara program utama bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan yang dijalankan dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan adalah Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Program tersebut bertujuan membantu meningkatkan taraf ekonomi dan taraf hidup golongan berpendapatan rendah menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan.
Kerajaan Negeri amat prihatin dalam meringankan beban rakyat terutamanya yang melibatkan golongan berpendapatan rendah. Justeru itu, Kerajaan Negeri bersedia menambahbaik Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat cadangan-cadangan atau syor-syor penambahbaikan. Selain itu, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan juga akan membuat kajian secara menyeluruh bagi menambahbaik program ini dalam memastikan golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dapat dibantu sejajar dengan peningkatan taraf hidup dan perkembangan ekonomi semasa serta berupaya menghasilkan impak positif dan berkesan secara berterusan.
-
Nyatakan kekerapan mesyuarat pemilihan penerima bantuan program tersebut diadakan?
Berdasarkan perancangan tahunan, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Penerima Bantuan Peralatan di bawah bantuan Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor diadakan sebanyak 9 kali setahun mengikut daerah. Walau bagaimanapun, ianya juga bergantung kepada keperluan semasa. Sebagai contoh, pemilihan penerima bantuan bagi dua (2) daerah diadakan secara bersekali di dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang bertujuan untuk mempercepatkan proses pemilihan. Bagi tahun 2013, sebanyak tiga (3) mesyuarat telah diadakan, manakala bagi tahun 2014, sebanyak empat (4) mesyuarat telah dijalankan.
-
Apakah sebabnya penerimaan bantuan mesin memakan masa 6 hingga 12 bulan selepas permohonan diluluskan?
Pada tahun 2008 sehingga 2013, proses keseluruhan kelulusan bagi Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dikendalikan sepenuhnya oleh Seksyen Sektoral, UPEN. Proses dan prosedur terlibat meliputi lawatan tapak dan siasatan, penyediaan laporan siasatan berserta senarai pendek penerima bantuan yang layak menerima bantuan, urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Peralatan di bawah Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan proses perolehan secara sebutharga bagi pembelian peralatan. Keseluruhan proses ini kebiasaannya mengambil masa enam (6) bulan sehingga setahun memandangkan bilangan permohonan yang diterima adalah tinggi. Namun begitu, bagi mempercepatkan kelulusan permohonan, atas desakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan pada Disember 2013, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan melalui pihak UPEN telah menurunkan kuasa kepada Pejabat Daerah/ Tanah bagi melaksanakan beberapa proses/ prosedur meliputi siasatan dan lawatan tapak, penyediaan laporan siasatan berserta senarai pendek penerima bantuan yang layak dipertimbangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan dan proses perolehan secara sebutharga bagi pembelian peralatan. Berdasarkan penambahbaikan yang telah dijalankan ini, didapati bahawa proses keseluruhan mengambil masa kira-kira tiga (3)