Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
153) PROGRAM BANTUAN BINA RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan rumah yang telah dibina melalui program ini di Selangor.
Pada tahun 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin telah meluluskan sebanyak 172 penerima bantuan bina baru dan baik pulih dengan pecahan seperti berikut:
BIL DAERAH BILANGAN RUMAH JUMLAH BINA BARU BAIK PULIH 1 Hulu Langat 7 9 16 2 Petaling 4 5 9 3 Sepang 6 16 22 4 Sabak Bernam 3 7 10 5 Kuala Selangor 17 17 34 6 Gombak 2 8 10 7 Klang 14 10 24 8 Hulu Selangor 9 5 14 9 Kuala Langat 18 15 33 Jumlah 80 92 172 -
Senaraikan bilangan permohonan yang telah diterima setakat ini untuk pembinaan rumah percuma warga miskin
Pada tahun 2010, Seksyen Sektoral UPEN telah menerima sebanyak 859 permohonan bagi Program Kerajaan Prihatin. Sebanyak 596 permohonan telah disiasat dan dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin dan hanya 172 permohonan yang layak dipertimbangkan dan diberi kelulusan.
-
Berapa lamakah proses kelulusan permohonan dan pembinaan perumahan tersebut?
Setiap borang yang diterima akan diberi surat maklum balas daripada pihak UPEN yang memaklumkan bahawa permohonan telah diterima dan sedang diproses. Selepas enam (6) bulan daripada surat maklum balas tersebut, sekiranya tidak menerima apa-apa maklum balas, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Permohonan biasanya akan diproses dalam tempoh enam (6) minggu di mana setiap permohonan akan ditapis mengikut syarat kelayakan, disiasat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama wakil daripada Pejabat Daerah.
Permohonan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin untuk dipertimbangkan. Selepas itu, pemohon akan dimaklumkan mengenai status permohonan sama ada berjaya ataupun tidak berjaya.
Bagi kerja-kerja baik pulih dan bina baru rumah Program Kerajaan Prihatin akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin. Lantikan Kontraktor dan Sebut Harga akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan.