Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

75) PROGRAM BAIK PULIH RUMAH DAN BINA BARU RUMAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakan Kerajaan Negeri membuat program baik pulih rumah dan bina baru rumah untuk golongan miskin tegar?

    Seperti kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa tetap Kerajaan Prihatin, menyediakan program bantuan membaikpulih rumah dan membina baru rumah yang dinamakan sebagai Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Program ini adalah merupakan program yang membantu rakyat miskin yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang selesa dan selamat untuk diduduki. Program Bantuan Kerajaan Prihatin ini telah diwujudkan bagi meringankan beban kos sara hidup dalam memiliki kediaman sendiri. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ini tertumpu pada mereka yang kurang berkemampuan dengan pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3,000.00 sebulan, menduduki kediaman sendiri yang telah daif dan tidak selamat dan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai. Secara tidak langsung, dengan program sebegini, ia dapat membantu mengurangkan bebanan sewa bulanan rumah yang dihadapi oleh pemohon sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat di Negeri Selangor yang berbilang bangsa dan kaum.

  2. Jika ada, mohon senarai penerima mengikut kampung-kampung dalam kawasan DUN Jeram.

    Di bawah program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, permohonan yang diterima tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN. Permohonan adalah berdasarkan daerah yang diduduki oleh pemohon. Bagi DUN Jeram yang terletak di bawah Daerah Kuala Selangor, jumlah penerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah seramai 259 orang sejak tahun 2008 sehingga kini. Jumlah penerima bantuan bina baru rumah sebanyak 102 dan bantuan baikpulih rumah sebanyak 157. Berikut adalah jadual pecahan jumlah penerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di daerah Kuala Selangor dari tahun 2008 hingga 2016 :-

    SENARAI PENERIMA BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

    BAGI DAERAH KUALA SELANGOR DARI TAHUN 2008 SEHINGGA 2016

    BIL TAHUN BANTUAN YANG DITERIMA JUMLAH
    BINA BARU BAIKPULIH
    1 2008 14 penerima 34 penerima 48 penerima
    RM321,000.00 RM84,500.00 RM405,500.00
    2 2009 22 penerima 25 penerima 47 penerima
    RM587,000.00 RM213,000.00 RM800,000.00
    3 2010 15 penerima 20 penerima 35 penerima
    RM436,000.00 RM374,508.60 RM810,508.60
    4 2011 14 penerima 23 penerima 37 penerima
    RM406,000.00 RM380,000.00 RM786,000.00
    5 2012 1 penerima 1 penerima
    RM35,000.00   RM35,000.00
    6 2013 24 penerima 25 penerima 49 penerima
    RM813,000.00 RM330,022.17 RM1,143,022.17
    7 2014 12 penerima 22 penerima 34 penerima
    RM402,000.00 RM302,600.00 RM704,600.00
    8 2015 8 penerima 8 penerima
    RM125,000.00 RM125,000.00
    9 2016
    JUMLAH KESELURUHAN 102 penerima 157 penerima 259 penerima
    RM3,000,000.00 RM1,809,630.77 RM4,809,630.77

Lampiran

Tiada Lampiran.