Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

70) PROGRAM BAIK PULIH NEGERI BERKEBAJIKAN (CERIA)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perincian program CERIA tersebut?

    Program CERIA ini merupakan Skim bantuan baikpulih yang berkonsepkan perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk dengan nisbah 80 : 20 bagi pangsapuri kos rendah serta 60 : 40 bagi kos sederhana rendah. Setakat Mac 2014, sebanyak 104 pangsapuri telah pun menerima manfaat daripada pelaksanaan Skim CERIA ini mengikut fasa.

  2. Nyatakan nama dan lokasi pangsapuri yang bakal dibaik pulih melalui program ini mengikut PBT?

    Sebanyak 56 pangsapuri bakal menerima manfaat Skim CERIA di bawah pelaksanaan fasa 4 pada tahun 2014. Kategori yang bakal dibaikpulih adalah seperti berikut:-

    1. Jumlah Kategori Kerosakan dan Anggaran Kos :
    Bil Kategori Jumlah Pangsapuri Anggaran kos (RM)
    1. Lif 23 8,264,758.00
    2. Bumbung 16 3,814,974.00
    3. Tangki air 2 150,000.00
    4. Paip dalaman 2 600,000.00
    5. Gutter 2 200,000.00
    6. Pagar 2 90,000.00
    7. Sistem pembentungan 1 30,0000.00
    8. Cat 8 400,000.00
    JUMLAH 56 13,549,732.00
    1. Kategori Kerosakan Mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) :
    Bil PBT KATEGORI  KEROSAKAN JUMLAH
    Lif Bumbung Tangki Air Paip Dalaman Gutter Pagar Sistem Pembentungan Cat
    1. MBSA 2 1 3
    2. MBPJ 3 1 4
    3. MPK 7 5 12
    4. MPAJ 1 1
    5. MPSJ 5 2 1 8
    6. MPS 2 1 1 1 1 6
    7. MPKJ 2 7 1 1 1 5 17
    8. MPSP 1 2 3
    9. MDKL
    10. MDHS 1 1
    11. MDKS 1 1
    12. MDSB
    JUMLAH 23 16 2 2 2 2 1 8 56

Lampiran

Tiada Lampiran.