Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
268) PROGRAM ANAK MUDA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan perbelanjaan dan nama program untuk anak muda pada tahun 2014 mengikut daerah?
Senarai perbelanjaan dan program untuk anak muda pada 2014 di Peringkat Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebagaimana berikut :-
Bi l
Program Peruntukan 1. Perkahwinan Perdana Peringkat PBT RM 40,000.00 2. Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri
RM157,800.0 0 3. Sambutan Hari Sukan Peringkat Negeri RM91,750.00 4. Program Jelajah Walkathon RM110,000.0 0
5. Sidang DUN Anak Muda RM22,880.00 6. Program Pengucapan Awam Peringkat PBT RM16,400.00 7. Bengkel Kepimpinan Asas PeBT RM99,862.00 8. Program PenggerakBeliaTempatan (PeBT) di SeluruhPihakBerkuasaTempatan (PBT) sebagaimanaberikut :-
i) Kemasyarakatan
– Program Hijrah To The Great Mukmin
– Program Gotong- RoyongBersama Rakyat
– Kempen Derma DarahKemasyarakatan
RM1,440,000. 00 ii) Kepimpinan – Program MotivasiRemaja
– BengkelPengurusanOrganisasidanPerancangan
– Program Pembangunan JatidiridanSahsiah
iii) Pendidikan – KlinikTeknikPenulisanBahasaInggerisdanBengkelKerj aya
– CeramahPendidikandanMotivasi
– Klinik Al-Quran danFardhuAin
iv) Sukan
– Cabaran Bowling
– Forum Rempit Ke Syurga
– Badminton Terbuka
– Pertandingan PS3
v) Kesenian
– Program Malam Irama Kebudayaan Deepavali
– Malam Kebajikan dan Kebudayaan Sempena Hari Malaysia
– Program Pentas Zikir Bersama In-Team
vi) Keusahawan
– Bengkel Kraftangan Bunga Stokin dan Perniagaan Online
– Expo Keusahawanan dan Kerjaya
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan program yang dilaksanakan memberikan impak positif kepada pembangunan anak muda?
Bagi memastikan program yang dilaksanakan memberikan impak positif kepada pembangunan anak muda Kerajaan Negeri Selangor melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) melaksanakan program-program mengikut zon dalam skala yang kecil. Terdapat 24 zon bagi 1 Pihak Berkuasa Tempatan(PBT). Justeru, objektif yang hendak dicapai adalah terus kepada kumpulan yang disasarkan.
Melalui program yang dijalankan juga, banyak memberi impak positif kepada Generasi Muda sebagaimana berikut :-
- Generasi Muda yang lebih prihatin terhadap persekitaran dan masyarakat setempat;
- Generasi Muda yang aktif, berdaya saing, berilmu dan berketerampilan;
- Mengurangkan gejala sosial melalui aktiviti atau program yang telah dilaksanakan dengan melibatkan mereka sebagai pelaksana dan peserta sesebuah program; DAN
- Generasi Muda sebagai penyalur maklumat Kerajaan Negeri kepada seluruh masyarakat setempat contohnya Program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).