Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

57) PROGRAM ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi penubuhan ANIS?

    Peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan pelaksanaan Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS) adalah berjumlah RM4 juta setahun. Penerima manfaat Iltizam ANIS adalah terdiri daripada semua golongan istimewa di Selangor yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi setiap program Iltizam ANIS masing-masing.

  2. Adakah ANIS akan berkerjasama dengan PKD dibawah JKM bagi memberikan latihan untuk kawasan yang tidak mempunyai taska ANIS?

    Untuk makluman, ANIS bekerjasama rapat dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor terutamanya dalam memberikan bimbingan dan latihan.  Kursus atau latihan yang dianjurkan pada setiap tahun adalah di bawah Program Cikgu ANIS, yang mana guru-guru Pendidikan Khas dan pelatih-pelatih dari PPDK akan menyertai kursus yang diadakan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pengendalian anak-anak berkeperluan khas. Untuk tahun 2023, ANIS sedang dalam perancangan untuk mengadakan kursus latihan khusus kepada pelatih PPDK dalam bulan November atau Disember.

  3. Berapakah jumlah PKD dibawah JKM yang ada di seluruh Selangor dan senaraikan.

    Sebanyak 60 buah PPDK telah ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor meliputi 9 daerah yang telah memberi manfaat kepada 2,219 orang pelatih PPDK di seluruh Negeri Selangor. Senarai PPDK dan lokasi adalah seperti di Lampiran A.