Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

291) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kerajaan telah membelanjakan untuk membiayai program air percuma setiap tahun sejak tahun 2008 sehingga sekarang?

    Jawapan akan disediakan oleh Pejabat Kewangan Negeri

  2. Adakah program ini akan diteruskan sesudah selesainya penstrukturan semula industri air Selangor?

    Sebagaimana yang telah dijanjikan, Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan program pemberian 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat Negeri Selangor meliputi pengguna air domestik yang mempunyai meter air individu dan bagi pengguna pangsapuri yang belum mempunyai meter individu melalui program “LAPOR DAN DAPAT” (dahulunya dikenali sebagai SISTEM KUPON). Pemberian air percuma yang dilaksanakan sekarang diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Ini menunjukkan semua pihak menerima faedah hasil pemberian air percuma ini sedangkan matlamat asal adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan

     

    Oleh yang demikian, setelah penstrukturan semula dimuktamadkan, Kerajaan Negeri Selangor akan membuat kajian yang terperinci atas keberkesanan pemberian air percuma ini. Walaupun pemberian air percuma ini akan disemak semula, sebagai Kerajaan yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat dan dalam merealisasikan Agenda Peduli Rakyat, Kerajaan Negeri akan terus menjamin kepentingan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah akan terus menikmati pemberian air percuma ini. Melalui semakan semula itu nanti, maka Kerajaan Negeri boleh menyalurkan perbelanjaan air percuma kepada program-program kebajikan rakyat yang lain

Lampiran

Tiada Lampiran.