Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
63) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa Syabas memaklumkan bahawa bekalan air percuma hanya sehingga akhir tahun 2008 sedangkan ia merupakan dasar jangka lama Kerajaan Negeri?
Pemberian 20m3 pertama air percuma oleh Kerajaan Negeri kepada pengguna di
Negeri Selangor merupakan dasar jangka panjang yang telah ditetapkan pada awal
pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Dasar ini juga merupakan
dasar utama Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai usaha untuk merakyatkan ekonomi di
Negeri Selangor.
Dalam hal ini, SYABAS merupakan syarikat pemegang konsesi bagi pengagihan air
terawat di seluruh negeri Selangor yang dilantik melalui Perjanjian Konsesi SYABAS
tahun 2004. Sehubungan dengan itu, kenyataan yang dimaklumkan oleh SYABAS
bahawa pemberian air percuma hingga akhir tahun 2008 tidak mencerminkan dasar
yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. -
Adakah pengurusan Syabas perlu merujuk kepada kerajaan Negeri Selangor sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan?
Sebarang bentuk kenyataan yang berkaitan dengan pelaksanaan dasar dan ketetapan
yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri perlulah dirujuk sepenuhnya kepada
Kerajaan Negeri bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan dasar sedia ada.
Namun, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh SYABAS berkaitan isu perniagaan
dan korporat tidak semestinya perlu dirujuk kepada Kerajaan Negeri.