Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

169) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak pelancaran program air percuma 20m_ pertama, berapakah jumlah penduduk pangsapuri yang telah dapat menikmati bantuan tersebut?

     

    Setakat 31 Oktober 2012, sejumlah 93,132 penduduk (unit kediaman) melibatkan 339 kawasan pangsapuri telah mendapat manfaat rebet air percuma daripada Kerajaan Negeri seperti berikut:

     

     

    BIL JENIS

    METER

    KAEDAH PEMBERIAN REBET

    AIR PERCUMA

    BILANGAN

    PENDUDUK (UNIT KEDIAMAN)

    JUMLAH KAWASAN

    PANGSAPURI

    1. Individu Kaedah pengebilan secara

    automatik bil air individu oleh SYABAS

    31,917 123
    2. Pukal Kaedah LAPOR DAN

    DAPAT -Pengebilan bil air unit rumah oleh Pengurusan Bangunan seperti Pemaju/JMB/

    MC/Ejen Pengurusan

    61,215 216
    JUMLAH 93,132 339

     

  2. Daripada jumlah itu, berapakah jumlah penduduk yang terdiri daripada penghuni pangsapuri kos rendah?

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 72,372 penduduk (259 kawasan) adalah terdiri daripada penduduk pangsapuri kos rendah yang telah mendapat manfaat rebet air percuma daripada Kerajaan Negeri seperti berikut:

     

    BIL JENIS

    METER

    KAEDAH PEMBERIAN REBET AIR

    PERCUMA

    BILANGAN

    PENDUDUK (UNIT KEDIAMAN)

    JUMLAH

    KAWASAN PANGSAPURI

    1. Individu Kaedah pengebilan secara

    automatik bil air individu oleh SYABAS

    11,157 43
    2. Pukal Kaedah LAPOR DAN DAPAT

    serta pengebilan bil air unit rumah oleh Pengurusan

    Bangunan seperti Pemaju/JMB/ MC/Ejen Pengurusan

    61,215 216
    JUMLAH 72,372 259
  3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk pangsapuri untuk nikmati program air percuma ini?

    Masalah-masalah yang menyebabkan penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal tidak mendapat rebet air percuma melalui kaedah LAPOR DAN DAPAT (dahulunya sistem KUPON) kerana ketiadaan pengurusan bangunan yang sah yang bertanggungjawab atau kekangan tenaga kerja untuk menguruskan pengagihan rebet air percuma kepada

     

    Manakala khusus bagi PANGSAPURI BUKAN KOS RENDAH, Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar pemberian rebet air percuma akan diberi secara automatik melalui pelaksanan migrasi meter air pukal kepada meter air individu.

Lampiran

Tiada Lampiran.