Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

216) PROGRAM AGRO PRIHATIN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang digunakan dalam program agro prihatin setakat ini?

    Program Agro Prihatin Selangor adalah inisiatif kerajaan negeri menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 untuk membantu petani dan pekebun kecil yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan membeli lambakan hasil pertanian mereka.

    Sejak dilancarkan pada 2 Jun 2021, jumlah peruntukan yang telah digunakan dalam program ini sehingga 31 Oktober 2021 adalah berjumlah RM 380,000.

    Jumlah itu merangkumi pembelian sebanyak 39.8 tan hasil tani membabitkan 37 petani dan pekebun kecil di seluruh negeri Selangor serta logistik pengangkutan, infrastruktur serta pemasaran

    hasil. Manakala jumlah jualan bagi program ini setakat 22 November 2021 adalah sebanyak RM72,900.

  2. Senaraikan DUN yang terlibat dalam program agro prihatin.

    Sebanyak 21 DUN yang terlibat dalam Program Agro Prihatin iaitu :

    1. Sabak Bernam
    2. Air Tawar
    3. Banting
    4. Batang Kali
    5. Bukit Melawati
    6. Dengkil
    7. Sekinchan
    8. Hulu Bernam
    9. Ijok
    10. Klang
    11. Kota Anggerik
    12. Kuala Langat
    13. Pasir Panjang
    14. Permatang
    15. Sabak Bernam
    16. Sekinchan
    17. Sepang
    18. Sg Burung
    19. Sg Panjang
    20. Tanjung Karang
    21. Tanjung Sepat

Lampiran

Tiada Lampiran.