Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

283) PROGRAM ADUN MUDA SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai anak muda yang telah terlibat dalam program ADUN Muda Selangor dan apakah kesan atau kejayaannya kepada masyarakat

    Setakat Oktober 2015, seramai 171 orang anak muda telah terlibat dalam program ADUN Muda Selangor. Berikut merupakan pecahan jumlah peserta mengikut sesi:

     

    Bil. Sesi Jumlah Peserta
    1 Disember 2013 30
    2 Disember 2014 46
    3 Mei 2015 43
    4 September 2015 52
      Jumlah Keseluruhan 171

     

    Program ADUN Muda telah berjaya meningkatkan minat dan kefahaman dalam kalangan anak muda berhubung proses penggubalan undang-undang dan polisi di Kerajaan Negeri. Di samping itu, program ini juga menjadi batu loncatan kepada anak-anak muda untuk mengasah bakat berbahas dalam mengetengahkan isu/ permasalahan rakyat.

     

    Hal ini dapat dibuktikan dengan penyertaan beberapa orang alumni Program ADUN Muda dalam gerakan mahasiswa, sayap anak muda parti-parti politik, NGO dan sebagainya. Malahan, salah seorang daripada alumni program ini telah terpilih untuk menyertai program Felo Perdana yang dianjurkan oleh Parlimen Malaysia.

  2. Bagaimana penyertaan atau pemilihan ADUN Muda Selangor dilakukan

    Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan anak muda /persatuan mahasiswa tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:

     

    • Pemohon berada dalam lingkungan 18 – 24 tahun;
    • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
    • Pemohon fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
    • Pemohon tinggal di Selangor dan/atau;
    • Pemohon merupakan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di

     

    Permohonan boleh dibuat melalui portal Dewan Negeri Selangor di alamat dewan.selangor.gov.my dengan mengisi borang permohonan dalam talian dan menjawab dua soalan mudah. Panel pemilihan terdiri daripada Y.B. Tuan Speaker dan Y.B. Tuan Timbalan Speaker.

Lampiran

Tiada Lampiran.