Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

27) PROFESION GUAMAN SYARIE

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Negeri Selangor berhasrat untuk menggubal Enakmen Profesion Guaman Syarie seperti Wilayah Persekutuan, bagi memisahkan Jawatankuasa Peguam Syarie dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)?

    Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor pada dasarnya berhasrat untuk mewujudkan Enakmen Profesion Peguam Syarie Selangor bagi mengawal selia Peguam Syarie yang beramal di Negeri Selangor sepertimana yang dilaksanakan di Wilayah Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor dalam proses untuk mendapatkan keputusan dasar daripada Majlis Agama Islam Selangor untuk menggubal Enakmen Profesion Peguam Syarie Selangor dengan mengambil Akta 814 sebagai panduan. Beberapa siri perbincangan dan rundingan telah diadakan dengan pihak- pihak berkepentingan yang melibatkan Persatuan Peguam Syarie, ahli akademik, pengamal undang-undang sivil dan Syariah bagi mendapatkan pandangan berkaitan dengan penggubalan enakmen ini.

    Buat masa ini undang-undang yang digunakan untuk mengawal selia  Peguam Syarie di Negeri Selangor adalah Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor 2008.

    Buat masa ini undang-undang yang digunakan untuk mengawal selia  Peguam Syarie di Negeri Selangor adalah Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor 2008 dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal selia Peguam Syarie di Negeri Selangor adalah Majlis Agama Islam Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lampiran

Tiada Lampiran.