Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
89) PRODUK-PRODUK BARU PELANCONGAN DI ATAS BUKIT MELAWATI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kenapa rumah kediaman bekas-bekas ketua jabatan dan bekas Rumah Rehat di atas bukit dibiarkan begitu sahaja?
a),b) dan c)
Rumah Pegawai Daerah telah dijadikan Pejabat Muzium dan Muzium Sejarah Bukit Melawati di bawah tanggungjawab Perbadanan Adat dan Warisan Selangor (PADAT).
Rumah Penolong Pegawai Daerah telah dijadikan Muzium Permainan Tradisional Rakyat Bukit Melawati dan di bawah seliaan PADAT.
Rumah Jurutera JKR Daerah tidak lagi diduduki oleh Ketua Jabatan kerana telah berpindah ke kuarters di Tanjung Keramat.
Rumah Rehat : JKR Daerah telah mengeluarkan pengesahan bahawa bangunan tersebut tidak sesuai lagi digunakan dan membahayakan pengguna pada 9 September 2006. Sehubungan itu, Pejabat Daerah telah menutup premis tersebut dan permohonan roboh serta membina baru Rumah Rehat Kuala Selangor dengan kos RM800,000.00 akan dimohon kepada UPEN
-
Apakah tidak difikirkan untuk digunapakai sebagai tambahan produk-produk pelancongan yang baharu?
-
Apakah agensi yang Bertanggungjawab tidak mempunyai peruntukan langsung?