Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

6) PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai dan sumbangan sektor IKS khasnya IKS makanan ringan kepada ekonomi negeri?

    Berpandukan daripada Bancian Ekonomi 2011, Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana, Jabatan Perangkaan Malaysia yang dibuat 5 tahun sekali, jumlah PKS di Selangor adalah sebanyak 125,801.

    Berpandukan daripada Akaun Negara, KDNK Negeri 2005-2012, KDNK Negeri Selangor adalah sebanyak RM176,239 Juta (7.1%).

    Berpandukan kepada definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana, Industri makanan ringan adalah di bawah sektor Pembuatan dan sektor Pembuatan di Negeri Selangor menyumbang sebanyak 29.7% iaitu bersamaan dengan RM55,498 juta.

  2. Adakah kerajaan negeri membantu dalam mempromosikan produk IKS seperti makanan ringan kerepek dan kuih-kuih tempatan?

    Kerajaan Negeri sentiasa membantu produk IKS terutamanya di dalam mempromosikan dan memberikan nilai tambah kepada pengusaha-pengusaha IKS di Negeri Selangor. Diantara bantuan yang telah diberikan kepada produk- produk IKS adalah:-

    Bantuan Dana Industri Kampung

    Memberikan bantuan dalam bentuk mesin / peralatan / perkakasan tidak melebihi RM10,000.00 kepada setiap pemohon. Pemohon yang layak adalah pengusaha yang menjalankan perusahaan secara sepenuh masa yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.

     

     

    Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan Selangor (4P) 2014

    Melalui program ini usahawan diberi pendedahan kepada persembahan fizikal pembungkusan, reka bentuk, pelebalan dan pembangunan jenama. Strategi penjenamaan yang hasilnya dipercayai produk usahawan mampu bersaing dipasaran tempatan dan antarabangsa.

    Promosi

    Membawa usahawan-usahawan ke pameran-pameran diperingkat Negeri atau Antarabangsa seperti Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC), Malaysian International Halal Showcase (MIHAS), Halal Fiesta Malaysia (HALFEST), Festival Makanan & Kebudayaan Malaysia Sempena Sambutan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia, Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Factory Outlet Carnival (FOC), Mini Karnival Usahawan dan Karnival Makanan di Jalan Masjid India dan beberapa program lain.

    Bazar Darul Ehsan

    Kerajaan Negeri Selangor sedang di dalam peringkat akhir pelaksanaan Bazar Darul Ehsan (Pusat Sehenti) untuk pengusaha-pengusaha PKS memasarkan produk mereka. Bazar Darul Ehsan dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengumpulan IKS.

Lampiran

Tiada Lampiran.