Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
204) PRODUK ASAS TANI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri membantu dalam mempromosi produk asas tani oleh usahawan di Selangor?
Kerajaan Negeri membantu dalam mempromosikan produk asas tani melalui medium seperti peluang berniaga di program pameran dan jualan seperti ekspo Selangor Agrofest (SAF), Halfest, MIHAS, jualan hari raya di Pasar raya terpilih dan semasa Hari Bertemu Pelanggan di daerah-daerah. Selain itu, Jabatan Pertanian juga membantu dari segi cetakan bahan promosi seperti phamplet, bunting dan banner untuk kegunaan usahawan bimbingan. Jabatan juga bekerjasama erat dengan Pasaraya Aeon untuk membawa produk- produk usahawan bimbingan ke dalam pasar raya ini. Program ini telah mencatatkan hasil jualan dari Januari hingga September 2015 sebanyak RM1.089 juta melibatkan 38 orang
-
Senaraikan produk asas tani yang dikeluarkan oleh pengusaha tempatan mengikut jenis?
Senarai produk asas tani yang dikeluarkan oleh pengusaha di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
Bil. Nama Produk 1. Hasilan buah-buahan 2. Hasilan beras 3. Hasilan cendawan 4. Hasilan Kacang soya 5. Hasilan kacang tanah 6. Hasilan kelapa 7. Hasilan koko 8. Hasilan kopi / the 9. Kerepek 10. Bahulu 11. Jus / Kordial 12. Pelbagai kek 13. Pelbagai biskut 14. Cili boh 15. Cili giling Bil. Nama Produk 16. Bawang go. 00000000000 ring
17. Pes