Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

47) PRJOJEK KEBUN KERANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembanganterkini projek kebun kerang?

    Perkembangan terkini projek kebun kerang negeri Selangor adalah seperti
    berikut :-

    Daerah : Sabak Bernam
    Bil. Lot : 115 Lot
    Bil. Dilesenkan : 33 Lot
    Bil. Nelayan : 154 orang

    Daerah : Kuala Selangor
    Bil. Lot : 75 Lot
    Bil. Dilesenkan : 46 Lot
    Bil. Nelayan : 630 orang

    Daerah : Klang
    Bil. Lot : 10 Lot
    Bil. Dilesenkan : 6 Lot
    Bil. Nelayan : 53 orang

  2. Sila senaraikan nama-nama peserta dan pemilik kebun kerang di seluruh negeri Selangor termasuk keluasan yang mereka perolehi dan adakah mereka ini nelayan?

    Sebanyak 200 lot ternakan kerang telah diwujudkan di bawah program
    Pembangunan Kebun Kerang Negeri Selangor dengan purata keluasan 50 ha
    setiap lot. Syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyertai program ini adalah
    seperti berikut :-

    i) Warganegara Malaysia.
    ii) Nelayan tradisi tulen setempat yang mempunyai lesen atau tidak tetapi
    menjadi nelayan sepenuh masa.
    iii) Penternak sedia ada sebelum Program Pembangunan Kebun Kerang
    (Kebanyakannya adalah Kaum Cina)
    iv) Mempunyai Kad Pendaftaran Nelayan yang dikeluarkan oleh Jabatan
    Perikanan Negeri Selangor.
    v) Nelayan setempat yang bekerja di atas bot komersial sebagai awak-awak.

  3. Sila kemukakan alasan utama kenapa ramai nelayan persisiran pantai dan nelayan pengutip kerang semula jadi dinafikan hak untuk mengambil bahagian dalam projek tersebut

    Pelaksanaan Pembangunan Kebun Kerang Negeri Selangor disasarkan kepada semua golongan nelayan setempat sebagaimana syarat-syarat dalam perkara (b) di atas. Sebelum ianya dilaksanakan, beberapa siri penerangan mengenainya dilakukan bertujuan untuk memberi pemahaman serta penjelasan konsep pelaksanaan kebun kerang serta keutamaan kepada golongan nelayan pesisiran pantai untuk menyertainya.

    Penemuan semasa sesi penerangan tersebut mendapati ada di kalangan
    kumpulan sasar yang menyokong tetapi tidak kurang juga yang membantah.
    Sehubungan itu, mereka diminta untuk mengisi & menandatangani surat aku janji bagi menyatakan persetujuan atau bantahan terhadap program ini. Walau demikian, tawaran tetap diberi kepada semua nelayan tradisi pesisir pantai. Bagi yang menyokong program ini pelaksanaan tidak mempunyai sebarang masalah. Tetapi bagi yang membantah, mereka tidak memberi kerjasama sebagaimana nelayan yang menyokong. Permohonan dari mereka yang bukan nelayan juga diterima tetapi ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang dinyatakan dalam perkara (b) di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.