Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

221) PRESTASI YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat pelbagai isu yang membelenggu pengoperasian Yayasan Selangor sebelum ini seperti isu kerugian dan perbelanjaan tinggi majlis-majlis anjuran Yayasan. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan isu dan masalah tersebut timbul?

    1. Operasi dilaksanakan tanpa mematuhi prosedur/peraturan yang telah dibangunkan oleh Yayasan
  2. Apakah langkah-langkah pembetulan yang telah diambil?

    1. Bekas Timbalan Pengurus Besar telah di  tamatkan  perkhidmatannya merujuk kepada “Surat Penamatan Kontrak Perkhidmatan” pada 18 Februari

     

    1. Penubuhan jawatankuasa yang telah mendapat kelulusan pada 13 Mei 2011 dengan tujuan untuk mendapatkan keputusan secara kolektif. Jawatankuasa yang di tubuhkan seperti berikut:-

     

    • Jawatankuasa Sumbangan, Derma dan Kebajikan
    • Jawatankuasa Pemantau Projek dan Teknikal
    • Jawatankuasa Kewangan, Aset dan Pelaburan

     

    1. Tindakan perundangan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat:-

     

    • Tindakan perundangan terhadap Mohd Saifulruddin Bin Sulaiman

     

    (Rujukan saman no : 51-142-04/2012)

     

    • Tindakan perundangan terhadap Rahah Enterprise

     

    (Rujukan saman no : A72NCVC-2-07/2013)

     

    • Tindakan perundangan terhadap Drift Z Enterprise

     

    (Rujukan saman no : 52-2193-08/2012)

     

    • Pemurnian Prosedur Utama iaitu Tatacara Kewangan & Perakaunan Yayasan Selangor dan Skim Perkhidmatan (Terma & Syarat – Syarat Perkhidmatan YS dan Peraturan Disiplin & Tatatertib YS).

     

    1. Mewujudkan Unit Integriti untuk meningkatkan urus tadbir secara berkesan dengan menanamkan nilai-nilai murni dan bekerjasama dengan pihak SPRM, IIM & Akademik MACA untuk mengatasi isu-isu salah guna kuasa, penyelewengan dan “Fraud”.
  3. Nyatakan pendapatan/ keuntungan dan liabiliti / kerugian Yayasan dari 2008- 2013?

    1. Seperti di Lampiran.

     

    YAYASAN SELANGOR

    ANALISA PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN 2008 SEHINGGA NOV 2013

     

     

      NOV AUDITED AUDITED AUDITED AUDITED AUDITED
    TAHUN 2013 2012 2011 2010 2009 2008
      RM RM RM RM RM RM
    PENDAPATAN 29,321,687 38,247,068 43,580,293 31,229,614 59,386,311 166,503,601
    PERBELANJAAN 30,321,886 37,863,368 35,568,923 36,319,453 33,678,455 38,504,238
    LEBIHAN/ (KURANGAN) (1,000,200) 383,700 8,011,370 (5,089,839) 25,707,856 127,999,363

Lampiran

Tiada Lampiran.