Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
210) PRESTASI YAYASAN DAR AL-QARD AL-HASAN SELANGOR (YAQ)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan / kerugian YAQ 2008-2013?
- Pendapatan dan keuntungan/(kerugian) YAQ
Tahun Pendapatan (RM) Keuntungan/(Kerugian)(RM) 2010 87,789 (483,602) 2011 1,118,733 (3,529,891) 2012 2,226,924 (5,022,976) -
Berapakah penerima manfaat skim-skim dibawah YAQ mengikut DUN?
- YAQ ditubuhkan untuk menyediakan pembiayaan secara mikro kepada rakyat Selangor yang dikategorikan sebagai miskin dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 atau perkapita RM350. YAQ membahagikan tugas dan tanggungjawab bagi menjangkau isirumah miskin di seluruh negeri Selangor kepada dua program utama iaitu Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) dan Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (MiMBAR). SKIMSEL beroperasi di kawasan luar bandar seperti Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Walau bagaimanapun di daerah yang dikategorikan sebagai kawasan bandar namun mempunyai kampung tradisi seperti di Daerah Gombak, Petaling Dan Klang juga menjadi kawasan operasi SKIMSEL. MiMBAR pula beroperasi di kawasan bandar iaitu di Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang(MPS), Majlis Perbandaran Kajang(MPKJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).
i) SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
SKIMSEL telah memulakan operasi pada bulan Ogos 2010. Berdasarkan maklumat sehingga 30hb September 2013, bilangan penerima manfaat pembiayaan SKIMSEL adalah seramai 8,396. Bilangan penerima mengikut daerah adalah seperti berikut :
CAWANGAN/DAERAH BIL PENERIMA SabakBernam 1,273 Hulu Selangor 1,106 Kuala Selangor 1,345 Hulu Langat 1,394 Kuala Langat 1,227 Sepang 945 Gombak 277 Petaling 442 Klang 387 SKIMSEL 8,396 ii) SKIM MIKRO KREDIT MISKIN BANDAR (MiMBAR)
Keseluruhan jumlah penerima manfaat melalui Program Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MiMBAR) sehingga Oktober 2013 adalah seramai 5,731 orang. Mereka (peserta) yang menerima manfaat tersebut merangkumi tiga (3) program pilihan yang telah disediakan di bawah MiMBAR Selangor iaitu Program Mikrokredit, Bantuan Niaga dan Bantuan Kerja. Jadual di bawah adalah jumlah peserta atau penerima manfaat yang telah berjaya di bawah MiMBAR Selangor mengikut DUN.
Jadual peserta yang berjaya mendapat pembiayaan mengikut DUN dan PBT.
PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM) MBPJ Bukit Gasing 1 3000 PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM) MBPJ Bukit Lanjan 103 194,000 Damansara Utama 3 6,500 Kampung Tunku 1 2,000 Kota Damansara 339 641,000 Paya Jaras 158 316,500 Seri Setia 79 150,000 Taman Medan 219 445,000 Jumlah MBPJ 903 1,758,000 MBSA Batu Tiga 290 578,500 Kota Anggerik 102 210,500 Sri Muda 197 391,000 Jumlah MBSA 589 1,180,000 MPAJ Bukit Antarabangsa 69 136,500 Chempaka 126 259,000 Hulu Kelang 142 307,200 Lembah Jaya 257 524,000 Teratai 50 104,500 Jumlah MPAJ 644 1,331,200 MPK Ijok 3 3000 Jeram 27 32,500 Kota Alam Shah 39 87,000 Meru 400 803,000 PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM) MPK Pandamaran 33 66,000 Pelabuhan Klang 182 354,000 Selat Kelang 202 400,000 Sementa 250 489,000 Seri Andalas 221 395,500 Sijangkang 3 3,500 Sungai Pinang 94 182,000 Jumlah MPK 1,454 2,815,500 MPKJ Balakong 162 337,000 Bangi 108 196,500 Dusun Tua 56 107,500 Kajang 202 382,000 Semenyih 20 36,000 Seri Kembangan 29 54,500 Jumlah MPKJ 577 1,113,500 MPS Batu Caves 318 686,500 Gombak Setia 256 545,000 Kuang 171 372,000 Rawang 185 396,000 Taman Templer 122 249,000 Jumlah MPS 1052 2,248,500 PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM) MPSJ Kinrara 112 227,500 Seri Serdang 182 342,000 Subang Jaya 63 118,500 Jumlah MPSJ 357 688,000 MPSP Dengkil 107 201,500 Sungai Pelek 47 123,000 Tanjong Sepat 1 1,000 Jumlah MPSP 155 325,500 JUMLAH KESELURUHAN 5,731 11,460,200 MiMBAR Selangor turut memberi kelebihan kepada peserta yang mempunyai rekod cemerlang dalam pembayaran balik pinjaman. Mereka yang telah dikategorikan sebagai cemerlang berpeluang dan diberi kelayakan untuk memohon pinjaman tambahan seterusnya. Seramai 149 orang telah berjaya memperolehi pinjaman pusingan kedua.
-
Apakah isu dan cabaran yang dihadapi YAQ?
- Di antara isu dan cabaran yang dihadapi YAQ secara umumnya terbahagi kepada isu dan cabaran setiap program yang
- Isu dan cabaran SKIMSEL adalah :
Peserta
Menjangkau golongan miskin dan berpendapatan rendah menjadi isu dan cabaran kerana bantuan yang disediakan oleh SKIMSEL adalah berbentuk pembiayaan bukan bantuan.
Persaingan atau pilihan kepada golongan sasaran untuk memilih organisasi yang menawarkan skim mikrokredit yang sama.
Latihan Keusahawanan
Sokongan unit-unit lain yang berkaitan bagi memberikan latihan dan kemahiran ke arah melahirkan golongan usahawan di kalangan sadiq- sadiq/ peserta yang berjaya.
- Manakala isu dan cabaran MiMBAR adalah Pada asasnya Program MiMBAR Selangor telah dirancang dengan kepelbagaian kaedah pelaksanaannya yang boleh memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor, khususnya peniaga kecil yang memerlukan bantuan modal perniagaan. Namun yang demikian, pelbagai isu dan cabaran dihadapi oleh MiMBAR Selangor dalam menjayakan visi dan misi program
Isu terbesar dihadapi oleh MIMBAR Selangor adalah dari segi :
Kutipan bayaran balik
Ini kerana realitinya peniaga kecil di kawasan bandar ini dapat dikategorikan dalam empat (4) ragam diri iaitu cemerlang, manja, liat dan bermasalah. Bagi mereka yang cemerlang tidak memerlukan pemantauan susulan dari MiMBAR Selangor kerana golongan ini berdisiplin dalam pembayaran balik melalui potongan bayaran dari akaun bank. Akan tetapi bagi mereka yang lain, ia memberikan tekanan yang mencabar bagi kakitangan MiMBAR Selangor dalam usaha untuk mendekati mereka. Ada peserta yang mengambil mudah dan tidak endah akan rekod pembayaran mereka. Ini membuatkan kakitangan MiMBAR Selangor perlu melakukan usaha keras yang lebih dalam memastikan mereka melunaskan pinjaman ini dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan peniaga kecil ini. Apabila berlakunya kesulitan dalam pembayaran balik pinjaman, peminjam akan memberi impak kepada kemampuan MiMBAR untuk memberi pinjaman kepada permohonan baru. Hal ini secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan peniaga yang layak menerima mendapat manfaat bantuan modal yang telah diperuntukkan dari kerajaan negeri kepada mereka
- Galakan Peningkatan Kemahiran
Isu yang kedua pula adalah usaha mengajak dan memujuk golongan ini untuk melibatkan diri dalam kursus-kursus kemahiran dan taklimat ilmiah. Hampir setiap minggu MiMBAR Selangor mengadakan taklimat dari jabatan kerajaan dan organisasi swasta yang menyalurkan perkhidmatan dan pengetahuan yang sesuai untuk golongan peniaga sebagai bekalan dan galakan untuk mereka agar menjadi peniaga yang lebih berwawasan, maju dan berjaya. Mereka lebih cenderung untuk bersikap memilih topik
yang mereka rasakan ingin tahu berbanding yang mereka perlu tahu.
- Hobi Meminjam
Selain daripada itu, terdapat sekumpulan peserta yang mempunyai hobi membuat pinjaman di merata khidmat pinjaman tersedia ada dan menyebarkan unsur yang tidak sihat kepada peserta lain. Golongan ini gemar mempengaruhi peniaga kecil yang lain untuk tidak membayar semula pinjaman yang disediakan oleh kerajaan ini. Dengan kewujudan golongan seperti ini, ia menambahkan lagi kesukaran dalam bekerja untuk memastikan masyarakat tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar sekali gus menyebabkan mereka termasuk di dalam kumpulan yang bermasalah.