Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
175) PRESTASI SUKAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pencapaian terbaik sukan Negeri Selangor dalam semua bidang sukan setakat ini?
Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan komitmen untuk membangunkan sukan lantas melahirkan ramai atlet elit diperingkat antarabangsa dengan mewakili wakil negara ke kejohanan tertinggi sehingga mencapai gelaran juara dunia.
Ramai atlet kebangsaan yang berasal dari Negeri Selangor yang telah berjaya diperingkat tertinggi seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, kejohanan dunia mahupun sukan sea antaranya Shalin Zulkifli, Natasha Roslan ( Tenpin Bowling), Lee Hup Wei ( Olahraga ), Gavin Kyle Green ( Golf ), Farah Ann Abdul Hadi ( Gimnastik ) Shakilla Salni ( Karate-do), Phee Jianq Enn ( Akuatik Renang ) dan ramai lagi. Ini membuktikan negeri selangor merupakan negeri pengeluar atlet yang berkualiti dan terbaik di Malaysia.
Sukan Malaysia (SUKMA) adalah temasya sukan yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negara Malaysia ( MSNM ) dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan serta Kerajaan Negeri. Temasya ini telah bermula pada tahun 1986 dengan Kuala Lumpur selaku tuan rumah pertama temasya pada ketika itu. Temasya sukan ini dilaksanakan setiap dua tahun sekali mengikut negeri sehingga tahun 2010.
Pada tahun 2010 telah MSNM memutuskan untuk Temasya ini untuk dianjurkan setiap tahun mulai tahun 2011 dengan Majlis Sukan Negara sebagai tuan rumah pada setiap tahun ganjil untuk membangunkan dan mendemokrasikan semua sukan di Malaysia. Walau bagaimanapun Temasya Sukan Malaysia pada tahun ganjil telah dihentikan pada tahun 2015, atas sebab agenda sukan negeri yang padat dan kos yang tinggi buat Majlis Sukan Negeri untuk membiayai sebuah kontinjen Sukan Malaysia pada setiap tahun.
Berikut adalah pencapaian Kontinjen Negeri Selangor sepanjang penyertaan di Temasya SUKMA :
EDISI TAHUN TUAN RUMAH PENCAPAIAN 1 1986 Kuala Lumpur Ke-2 2 1988 Kuala Lumpur Juara Keseluruhan 3 1990 Sarawak Ke-5 4 1992 Johor Ke-3 5 1994 Perak Ke-3 6 1996 Pahang Juara Keseluruhan 7 1998 Selangor Juara Keseluruhan 8 2000 Pulau Pinang Juara Keseluruhan 9 2002 Sabah Juara Keseluruhan 10 2004 Negeri Sembilan Juara Keseluruhan 11 2006 Kedah Juara Keseluruhan 12 2008 Terengganu Ke-2 13 2010 Melaka Ke-2 14 2011 MSNegara Ke-2 15 2012 Pahang Ke-2 16 2013 MSNegara Juara Keseluruhan 17 2014 Perlis Ke-4 18 2016 Sarawak Juara Keseluruhan 19 2018 Perak Ke-3 20 2022 MSNegara Ke-4 Secara keseluruhannya negeri Selangor telah menjuarai Temasya ini sebanyak 9 kali daripada 20 kali penganjuran dan merupakan negeri pertama menjuarai enam edisi berturut-turut iaitu pada tahun 1996, 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006.
-
Apakah usaha melahirkan pelapis atlet dijalankan?
Dalam usaha melahirkan atlet diperingkat pelapis Majlis Sukan Negeri Selangor telah menyediakan sebuah Model Pengurusan Pelan Pembangunan Sukan seperti berikut :-
Fungsi Pelaksanaan Model Pengurusan Pelan Pembangunan Sukan melibatkan Program Pembangunan Atlet Akar Umbi ( Bakat & Pelapis ). Ianya menjurus kepada proses pembangunan potensi atlet diperingkat akar umbi menerusi kaedah Pemilihan Bakat (Talent Scouting) melalui pelaksanaan program di :-
- Majlis Sukan Daerah ( MSD )
- Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor ( MSSS ).
- Majlis Sukan Negara Malaysia ( MSNM )
- Persatuan Sukan Negeri ( PSN )
- Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT )
Penilaian berterusan akan dibuat melalui pencapaian penyertaan kejohanan pada peringkat umur. Atlet yang dipilih akan terus digilap bagi memastikan perkembangan dan kemajuan prestasi akan terus berkembang dan seimbang.