Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

125) PRESTASI SEKTOR PERTANIAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan nilai sumbangan semasa sektor pertanian terhadap perkembangan ekonomi negeri.

    Sektor pertanian menyumbang sekitar 1.7 peratus kepada KDNK Negeri

    Selangor dengan nilai RM 2.8 billion.

     

  2. Nyatakan produk-produk pertanian negeri kini yang berdaya maju?

    Produk-produk pertanian negeri yang berdaya maju adalah seperti berikut:

    1. Buah-buahan seperti nangka, belimbing dan rock melon yang menjadi komoditi eksport utama buah-buahan Selangor yang mendapat pasaran di negara Eropah dan Timur Tengah.
    2. Pengeluaran sayur daun yang tertumpu di daerah Hulu Selangor, Klang dan Sepang yang membekal 30 peratus keperluan kepada Selangor dan Lembah Klang.
    3. Produk tanaman bunga dan hiasan landskap yang tertumpu di Hub Bunga Sungai Buloh terkenal di seluruh negara.
  3. Apakah strategi dan program terkini untuk memajukan sektor pertanian negeri?

    Strategi dan program terkini untuk memajukan sektor pertanian di Selangor:

    1. Memperkenalkan kaedah tanaman berteknologi tinggi seperti plant factory.
    2. Meningkatkan amalan teknologi tanaman secara fertigasi terutama bagi tanaman bernilai tinggi seperti cili dan rock melon.
    3. Membangunkan usahawan di kalangan belia melalui program inkubator belia tani, Agro Grenerasi Muda Selangor (Agrogems) dan latihan jangka panjang bagi kejenteraan pertanian.
    4. Meningkatkan pengeluaran dan pendapatan petani melalui programprogram pembangunan sedia ada Jabatan Pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.