Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
239) PRESTASI PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi PWB mengikut DUN bagi tahun 2021/2022.
Jawapan ini akan dijawab bersekali dengan jawapan (b).
Sebagai makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, prestasi setiap Pusat Wanita Berdaya (PWB) adalah berbeza mengikut kemampuan dan kreativiti penyelia di DUN masing-masing. Para penyelia PWB diberikan kebebasan dan fleksibiliti dalam merangka dan melaksanakan program di komuniti masing-masing berdasarkan modul dan garis panduan yang telah disediakan.
Sebanyak 1,078 program telah berjaya dilaksanakan disepanjang tahun 2022 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,989,885.33. Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 36% berbanding 689 program yang dilaksanakan pada tahun 2021.
Secara keseluruhan, sebanyak 30 PWB DUN berjaya melaksanakan sekurang-kurangnya 20 program dan lebih disepanjang tahun 2022. PWB DUN Bukit Gasing adalah DUN yang paling aktif menjalankan program iaitu sebanyak 36 program, diikuti PWB DUN Subang Jaya dan PWB DUN Paya Jaras dengan catatan sebanyak 30 program masing-masing.
Ringkasan prestasi yang diukur melalui bilangan program yang dijalankan dan peruntukan yang dibelanjakan oleh setiap 56 PWB di DUN bagi tahun 2022 dan 2021 adalah seperti di Lampiran A.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan mengikut DUN bagi tahun 2021/2022?

Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi merancakkan aktiviti PWB pada tahun 2023?
Perancangan Kerajaan Negeri bagi merancakkan aktiviti di peringkat PWB pada tahun 2023 adalah seperti berikut :
- Mempertingkatkan penyertaan diperingkat belia (golongan wanita muda). Seperti sedia maklum, kebanyakan penyertaan bagi program yang dianjurkan oleh PWB adalah daripada pertengahan umur antara 30 hingga 60 tahun. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bercadang untuk mempertingkatkan penyertaan dikalangan golongan wanita muda bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran bagi menjana pendapatan berdasarkan program-program yang dianjurkan oleh PWB setempat.
- Program berkonsepkan digitalisasi. Perkara ini merujuk kepada program yang dapat dilaksanakan secara atas talian dengan mengunakan teknologi pada masa kini. Program seperti ini sangat memberi manfaat terutamanya bagi wanita yang mempunyai kesukaran untuk hadir secara fizikal ke program-program anjuran PWB. Dengan mengunakan kaedah yang bersesuaian dengan program yang dianjurkan, ia dapat memberi peluang kepada golongan wanita terutamanya golongan ibu yang mempunyai kekangan masa untuk hadir dan seterusnya meningkatkan penyertaan golongan wanita muda.
- Meningkatkan kerjasama dengan agensi yang bersesuaian. Dengan adanya usaha sama rakan strategik dengan agensi kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan bagi mendapatkan tenaga pengajar atau penceramah yang bertauliah dan berkaliber. Ia juga sebagai langkah strategik dalam mempromosikan PWB di pelbagai organisasi.
- Kaedah pelaksanaan program yang selaras dengan pengedaran semasa. Perkara ini merujuk kepada pengunaan teknologi maklumat yang bersesuaian dan dapat memberi manfaat selain meningkatkan pendapatan golongan wanita di Selangor. Antara cadangan program untuk dilaksanakan adalah “Teknik mempromosikan perniagaan melalui TikTok”.