Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

56) PRESTASI PROGRAM-PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pencapaian serta prestasi program-program Iltizam Selangor Penyayang sehingga kini?

    Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Sijangkang, Kerajaan Negeri menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP) telah menyediakan program-program yang mengutamakan kebajikan rakyat dan pelaksanaan yang berterusan demi membantu meringankan bebanan kos sara hidup semakin meningkat dari kalangan golongan kurang berkemampuan.

    Secara amnya, dapat dilihat bahawa program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) ini merupakan program manfaat yang boleh dinikmati merangkumi kitaran kehidupan manusia iaitu sejak awal kelahiran sehingga akhir hayat seseorang individu tanpa mengira latar belakang dan mensasarkan kepada golongan B40 dan miskin khusus kepada rakyat di Selangor.

    Tidak ketinggalan juga penduduk di sekitar DUN Sijangkang turut  menikmati manfaat daripada program-program ISP antaranya seperti Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang telah mencatatkan jumlah seramai 365 orang penerima manfaat progam tersebut dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM21,636.20 dan seramai 36 orang telah menerima manfaat dari program Skim Mesra Khairat Kematian dengan perbelanjaan sebanyak RM18,000.00.

    Status pencapaian prestasi program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bagi tahun 2023 hingga Oktober 2024 adalah seperti jadual di Lampiran A :-

Lampiran

Tiada Lampiran.