Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

23) PRESTASI PKPS

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan PKPS.

    Berdasarkan kepada penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2020 berikut adalah prestasi kewangan PKPS:

  2. Apakah rancangan masa depan bagi PKPS?

    Rancangan masa depan PKPS adalah seperti berikut:

    i. PKPS sedang melaksanakan proses penambahbaikan terhadap strategi perniagaan dan tadbir urus korporat bagi memastikan prestasi semasa dapat ditingkatkan di samping mengenal pasti sumber perniagaan baru untuk mempelbagaikan hasil.

    ii. PKPS sedang menumpukan kepada sektor pertanian makanan bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk menjadi peneraju inisiatif jaminan bekalan makanan negeri serta memenuhi peranan PKPS dalam Pelan Transformasi Agro (PeTA) Negeri.

    iii. PKPS akan menambah program-program pertanian untuk membantu rakyat khususnya dalam kalangan berpendapatan rendah bagi menghadapi pasca pandemik COVID-19. Antara program yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah Program Agro Prihatin Selangor (pembelian lambakan hasil pertanian dan jualan murah kepada rakyat), Program Agropreneur (menghasilkan usahawan tani yang terlibat dalam penanaman, pemasaran dan logistik).

    iv. PKPS akan menjalani proses penjanamaan korporat termasuk memperkenalkan jenama produk makanan dan pertanian sendiri seperti ayam segar, minyak masak, buah-buahan dan sayur-sayuran.

  3. Apakah rancangan pembangunan untuk Fruit Valley?

    Rancangan pembangunan untuk Fruit Valley adalah seperti ringkasan berikut:

    i. Mengenal pasti dan menilai semula penyewa-penyewa tanah yang tidak mencapai prestasi memuaskan daripada segi pengurusan dan hasil pertanian. Mereka ini akan diberi tunjuk ajar, nasihat dan peringatan untuk memastikan mereka menepati kehendak dan kriteria penyewaan. Sekiranya tiada perubahan, PKPS akan meneliti semula perjanjian untuk memberi peluang kepada penyewa lain.

    ii. PKPS bercadang untuk membangunkan sebahagian daripada Selangor Fruit Valley (SFV) sebagai kawasan tarikan agro pelancongan dengan aktiviti seperti flying fox, kawasan riadah dan perkhemahan, chalet, aktiviti sukan air dan sebagainya. Untuk itu PKPS telah menjalankan proses RFP (Request For Proposal) yang bagi mengenal pasti yang berminat untuk menjadi pengendali sektor agro pelancongan. Proses penilaian sedang dijalankan dan dijangka akan selesai pada awal November 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.