Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
97) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pelan-pelan untuk meningkatkan prestasi setiap PBT selepas kenaikan cukai tafsiran.
Selepas kenaikan cukai taksiran sebanyak 25% yang berkuat kuasa pada Januari 2025, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor telah merancang beberapa inisiatif untuk meningkatkan prestasi dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Antara pelan yang telah diumumkan adalah seperti berikut:
- Pelaksanaan Lima Projek Utama yang dilaksanakan Tahun 2025:
Setiap PBT perlu menyenaraikan lima (5) projek penting yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 dan dalam tempoh jangka panjang (lebih dari setahun) selepas kenaikan cukai taksiran. Projek-projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada
rakyat seperti penyediaan infrastruktur, naik taraf jalan dan penambahbaikan landskap. Projek ini dilaksanakan supaya pembayar cukai dapat menikmati manfaat secara langsung hasil kenaikan cukai taksiran tersebut.2. Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Infrastruktur:
Menerusi peningkatan pendapatan hasil daripada kenaikan cukai, PBT merancang untuk meningkatkan mutu perkhidmatan daripada segi penyelenggaraan jalan dan longkang, pemasangan dan penyelenggaraan lampu jalan, pengurusan dewan orang ramai, pengurusan sisa pepejal dan penambahbaikan landskap. Usaha ini bertujuan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan menjadi lebih efisien dan penyediaan infrastruktur yang lebih baik untuk kesejahteraan orang ramai.
3. Penggunaan Teknologi Maklumat untuk Memperkasakan Penyampaian Perkhidmatan:
PBT akan memperluas penggunaan teknologi maklumat dalam penyampaian perkhidmatan, seperti menyediakan kemudahan pembayaran cukai taksiran, kompaun trafik dan pembaharuan lesen perniagaan secara dalam talian. Inisiatif ini memudahkan urusan rakyat dan meningkatkan efisiensi operasi PBT.