Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

135) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lima PBT terbaik di Selangor dari 2016-2018.

    1. Setiap 2 tahun sekali, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating PBT ke atas prestasi penyampaian perkhidmatan 101 PBT di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Berdasarkan penilaian tersebut, semua PBT Negeri Selangor telah memperoleh penarafan 5 bintang untuk tahun 2018. Berikut adalah 5 PBT terbaik mengikut turutan untuk tahun 2016 dan 2018 di bawah Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan:

     

    Tahun PBT (%)
    2016 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 95.69
    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPj) 95.43
    Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 94.91
    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 94.75
    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 94
    2018 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPj) 97.6
    Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 97.5
    Majlis Bandaraya Ampang Jaya (MPAJ) 96.85
    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 96.74
    Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 96.29
  2. Apakah kriteria pemilihan PBT terbaik ?

    1. Kriteria dan Sub-kriteria pemilihan PBT melalui Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan KPKT adalah seperti berikut:-

     

    KRITERIA SUBKRITERIA
    1 Pengurusan

     

    1.1 Pengurusan Organisasi
    1.2 Pengurusan Kewangan & Aset
    1.3 Pengurusan Sumber Manusia
    2 Perkhidmatan Teras

     

    2.1 Pelaksanaan Dasar Pelesenan & Kawalan Perniagaan
    2.2 Kawalan Pemajuan
    2.3 Kawalan Bangunan
    2.4 Pengurusan Penilaian dan Harta
    2.5 Pengurusan Lalu Lintas & Tempat Letak Kereta
    2.6 Perancangan dan Pengurusan Landskap
    2.7 Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan Projek
    2.8 Undang-Undang dan Penguatkuasaan
    2.9 Aktiviti Kawalan Persekitaran
    2.10 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
    3 Pengurusan Pelanggan

     

    3.1 Perkhidmatan-Perkhidmatan Barisan Hadapan
    3.2 Pengurusan Aduan
    4 Penyertaan Komuniti & Pandangan Penduduk 4.1 Penglibatan Komuniti
    4.2 Pandangan Penduduk

     

Lampiran

Tiada Lampiran.