Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

80) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan lima PBT terbaik di Selangor dari 2020- 2022.

    Bagi tempoh tahun 2020 hingga 2022, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat melaksanakan penilaian prestasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

     

    Namun, berdasarkan pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) (yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating PBT) oleh KPKT ke atas 101 buah PBT di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2019, semua PBT Negeri Selangor telah memperolehi penarafan lima (5) bintang. Lima (5) buah PBT Negeri Selangor terbaik mengikut turutan di bawah SPB-PBT adalah seperti yang berikut:

    Pada tahun 2020 pula, berdasarkan kepada penilaian bagi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, lima (5) buah PBT yang terbaik adalah seperti yang berikut:

  2. Apakah kriteria pemilihan PBT dan apakah prestasi Majlis Daerah Sabak Bernam dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor?

    KPKT telah menetapkan empat (4) kriteria dan 17 sub-kriteria di bawah SPB-PBT tahun 2021 seperti yang berikut:

    1.Pengurusan

    • Pengurusan Organisasi;
    • Pengurusan Kewangan dan Aset;
    • Pengurusan Sumber Manusia.

    2. Perkhidmatan teras

    • Pelaksanaan Dasar Pelesenan dan Kawalan Perniagaan;
    • Kawalan Pemajuan;
    • Kawalan bangunan;
    • Pengurusan Penilaian dan Harta;
    • Pengurusan Lalu Lintas dan Tempat Letak Kereta;
    • Perancangan dan Pengurusan Landskap;
    • Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan Projek;
    • Undang-Undang dan Penguatkuasaan;
    • Aktiviti Kawalan Persekitaran; dan
    • Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

    3. Pengurusan pelanggan

    • Perkhidmatan-perkhidmatan Barisan Hadapan; dan
    • Pengurusan Aduan.

    4. Penyertaan komuniti dan pandangan penduduk

    • Penglibatan Komuniti; dan
    • Pandangan Penduduk.

     

    Kriteria bagi Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pula adalah seperti yang berikut:

     

    • Pengurusan Organisasi;
    • Pengururusan Kewangan;
    • Pengurusan Sumber Manusia;
    • Pengurusan Projek Pembangunan;
    • Pengurusan ICT;
    • Perkhidmatan Teras; dan
    • Pengurusan Pelanggan.

     

    Prestasi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) berdasarkan SPB-PBT dan APPC adalah seperti yang berikut:

    i. MPKS:

    • SPB-PBT: 5 Bintang (96.29%); dan
    • APPC: 88.97%

    ii. MDSB

    • SPB-PBT: 5 Bintang (91.61%); dan
    • APPC: 87.38%.

Lampiran

Tiada Lampiran.