Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
259) PRESTASI PERKHIDMATAN DATUK BANDAR DAN YDP
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan setakat ini,bagaimanakah prestasi perkhidmatan Datuk Bandar dan YDP di kesemua 12 PBT?
Prestasi perkhidmatan Datuk Bandar dan YDP di kesemua 12 PBT secara keseluruhannya adalah baik di mana di bawah kepimpinan Datuk Bandar dan YDP sedia ada semua PBT menunjukkan peningkatan hasil pendapatan PBT. Prestasi perkhidmatan Datuk Bandar dan YDP terserlah dengan pelbagai program yang meningkatkan lagi imej PBT dan memenuhi kehendak rakyat. Ini menggambarkan kepimpinan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT yang berkesan dan efektif . Walau bagaimanapun, semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT masih perlu meningkat lagi prestasi perkhidmatan terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Selain itu, Datuk Bandar/Yang Dipertua PBT sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada Ahli Majlis. Antara bentuk hubungan/kerjasama yang dijalankan ialah menghadiri program gotong-royong, sambutan perayaan, sambutan Kemerdekaan, ceramah agama, kempen tanam pokok, Hari BertemU Pelanggan/Town Hall Meeting, sukaneka dan sebagainya.
-
Apakah ganjaran dan insentif yang bakal diberikan kepada mereka yang berkhidmat dengan cemerlang?
Semua Datuk Bandar/Yang Dipertua PBT yang member perkhidmatan cemerlang layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi perkhidmatan mereka yang cemerlang. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju memberikan elaun NPA Gred Jusa B kepada Datuk Bandar/Yang Dipertua bagi PBT yang mencatat pendapatan melebihi RM 200 Juta.
-
Sila nyatakan apakah pemantauan yang dijalankan bagi memastikan mereka sentiasa mesra bersama Ahli Majlis dan pembayar cukai?
Bagi memastikan semua Datuk Bandar/Yang Dipertua PBT sentiasa mesra dengan Ahli Majlis dan pembayar cukai Kerajaan Negeri melalui Pelan Tindakan 5 Tahun PBT menyarankan supaya diadakan pelbagai program seperti :-
- i) Majlis Dialog Yang Dipertua Dan Ahli Majlis Bersama Penduduk ; ii)Program Hari Bertemu Pelanggan ;
iii) Mesyuarat ‘townhall’ bersama penduduk dan sukan rakyat (telematch.- Mesyuarat Bulanan Majlis bagi Majlis Bandaraya dan Perbandaran. Kaedah ini memberi kemudahan kepada pembayar cukai untuk menyertai dan memantau PBT.
- Memaparkan Minit Mesyuarat Bulanan di laman web masing- masing. Kedua-dua rangka kerja ini telah dilaksanakan sejak bulan September 2013.
- Kerajaan Negeri akan memantau prestasi Datuk Bandar dan YDP melalui laporan sekiranya ada. Kerajaan Negeri juga menggalakkan Datuk Bandar/Yang Dipertua PBT untuk mengadakan sesi ‘townhall’ dan ‘telematch’ untuk meningkatkan hubungan dengan Ahli majlis dan pembayar cukai.
- Kerajaan Negeri juga bercadang mengadakan satu kajian prestasi perkhidmatan PBT mengikut suku tahun untuk menilai tahap perkhidmatan bulanan sahaja Datuk Bandar/Yang Dipertua PBT melalui Ahli Majlis.
- i) Majlis Dialog Yang Dipertua Dan Ahli Majlis Bersama Penduduk ; ii)Program Hari Bertemu Pelanggan ;