Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

209) PRESTASI PERINDUSTRIAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan nilai sumbangan sektor perindustrian kepada rakyat dan ekonomi negeri dari 2008-2013?

    Sektor perindustrian merupakan sektor kedua penyumbang terbesar kepada KDNK Negeri dan pertumbuhan ekonomi negeri selepas sektor perkhidmatan.

    Dari segi nilai (nilai ditambah dalam RMJuta) sektor perindustrian telah meningkat daripada RM51,039  juta pada tahun 2008 kepada RM68,208 juta pada tahun 2013.

    Dari segi sumbangan kepada ekonomi (KDNK) negeri Selangor, sektor perindustrian telah secara konsisten menyumbang sekitar 37% kepada ekonomi negeri dari tahun 2008 hingga 2013. Sumbangan pada tahun 2013 ialah 37.8%. Dari segi pertumbuhan tahunan, sektor perindustrian  telah tumbuh 6.2% pada tahun 2013 berbanding 2012

  2. Apakah prospek peningkatan sektor industri tahun 2014?

    Sektor perindustrian negeri Selangor dianggarkan tumbuh di antara 6.0% hingga 6.5% pada tahun 2014 dengan sumbangan sekitar 37.0% hingga 38.0% kepada KDNK negeri. Berbanding negeri-negeri lain, sektor perindustrian negeri Selangor dijangka  terus menjadi penyumbang  paling besar dari segi sumbangan kepada sektor perindustrian Malaysia

    Sumber : Unit Perancang Ekonomi Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.