Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

217) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (JPV)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan JPV yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.

    Prestasi perbelanjaan pembangunan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017 sehingga 20 Oktober 2017 adalah seperti dalam Lampiran A.

  2. Sejauh manakah peruntukan ini dapat membantu Jabatan Veterinar Negeri Selangor?

    Peruntukan ini sangat membantu DVS Selangor kerana agensi ini menggunakan strategi – memecahkan peruntukan ini kepada sembilan (9) projek/program pembangunan. Maka itu, perancangannya lebih menyeluruh dan pelaksanaannya lebih fokus bagi membantu usahawan ternakan dan membangunkan industri penternakan di negeri ini.  Keterangan lanjut mengenai projek/program pembangunan dalam Bajet Selangor 2017 termasuk tujuan ianya dibelanjakan adalah seperti dalam Lampiran B.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.