Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

196) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SELANGOR (JPS)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan JPS yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.

    Pada tahun 2017 JPS Negeri Selangor mendapat peruntukan sebanyak RM135 juta. Perbelanjaan sehingga 23 Oktober 2017 adalah seperti jadual di bawah:

    BUTIRAN PERUNTUKAN 2017

    (RM)

    PERBELANJAAN 2017

    (RM)

    P.K 1

    PEMBANGUNAN PROJEK TEBATAN BANJIR

    54,826,671.54 30,110,888.28
    P.K 2

    MENAIKTARAF SALIRAN

    19,818,100.00 4,302,018.23
    P.K 3

    PEMBANGUNAN LEMBANGAN SUNGAI

    16,170,328.16 5,821,808.35
    P.K 4

    PEMBANGUNAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

    2,269,990.00 1,121,828.50
    P.K 5

    PEMBANGUNAN SALIRAN MESRA ALAM

    12,78,700.00 3,474,462.34
    P.K 6

    PEMBANGUNAN PANTAI

    13,700,000.00 5,760,734.40
    P.K 7

    PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

    16,771,000.00 6,413,755.58
    P.K 8

    PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BANGUNAN

    159,010.00 114,033.36
    P.K 9

    PELBAGAI

    0.00 0.00
    JUMLAH 135,000,000.00 57,119,529.04

    Pada tahun 2016, prestasi perbelanjaan bagi peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri sehingga Oktober adalah sebanyak RM26,644,503.91 dengan peratus 33.30 % dari jumlah peruntukan sebanyak RM80,000,000.00.

    Manakala perbelanjaan tahun semasa sehingga 25 Oktober 2017, adalah sebanyak RM57,119,529.04 dengan peratus 42% dari jumlah peruntukan tahunan yang diterima sebanyak RM135,000,000.00.

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan peruntukan Bajet 2017 dibelanjakan mengikut SOP yang ditetapkan?

    Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor telah menyediakan perancangan bagi pelaksanaan projek-projek di dalam RMK-11. Selain itu, unjuran kewangan setiap tahun juga telah dikemukakan semasa permohonan tersebut. Perancangan pelaksanaan projek bagi tahun semasa telah dibuat pada awal tahun melalui Rancangan Kerja Tahunan dan pemantauan secara berkala melalui mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan yang dibuat 2 bulan sekali dipengerusikan oleh Pengarah JPS Negeri Selangor untuk pemantauan perbelanjaan peruntukan dari masa ke semasa. Pemantauan juga dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebanyak tiga (3) kali setahun bergantung kepada prestasi perbelanjaan semasa jabatan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.