Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

34) PRESTASI PERBELANJAAN GERAN SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bajet 2012 Selangor memperuntukkan Geran ÔSelangorku' dengan jumlah RM300 juta bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Bagaimanakah prestasi perbelanjaan geran RM300 juta tersebut?

    Setakat ini prestasi perbelanjaan keseluruhan Geran Selangorku adalah sekitar 22%. Namun tumpuan diberikan kepada program-program infrasturktur dimana perbelanjaan untuknya telah mencapai 75%.

  2. Nyatakan kategori, projek atau program serta kos yang telah dibelanjakan?

    Jawapan seperti di lampiran

  3. Apakah kayu ukur keberhasilan atau impak perbelanjaan geran tersebut?

    Antara kayu ukur yang digunakan ialah memastikan perbelanjaannya selaras dengan konsep “Value for Money” sebagi contoh dari 160 sebutharga yang telah dijalankan di mana anggaran Jabatan teknikal ialah sebanyak RM27,730,413.71, manakala harga tawaran sebenar hanya berjumlah RM22,054,146.57. Dengan ini penjimatan yang terhasil ialah RM5,676,267.14 atau 20%.

     

    Impak program ini dapat dinilai dari 2 sudut. Dari sudut fizikalnya, jelas banyak kemudahan-kemudahan infrastruktur yang telah dibangunkan atau dibaikpulih memberi keselesaan kepada rakyat terbanyak, di samping menjadikan ia lebih selamat untuk digunakan.

    Di samping itu, program-program ini mula membudayakan ‘memberi nilai yang terbaik’ untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Dari proses penyediaan sebutharga yang harus menepati piawaian-piawaian JKR, penilaian kontraktor yang menekankan harga paling kompetitif serta proses audit yang harus dilalui sebelum sebarang pembayaran dibuat telah melatih semua pihak termasuk PBT dan PTD memahami konsep ini. Malah dari kontraktor-kontraktor yang menarik diri jelas mereka juga faham walaupun menawarkan harga terendah, tidak menjamin bayaran jika tidak melepasi audit.

Lampiran

Tiada Lampiran.