Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
335) PRESTASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kedudukan kewangan dan perancangan bisnes PKNS berada tahap yang memuaskan pada masa ini?
Kedudukan kewangan dan perancangan bisnes PKNS kini berada pada tahap yang baik di mana PKNS masih memperolehi keuntungan hasil daripada pendapatan utama operasi PKNS menerusi jualan bangunan. PKNS telah bersedia untuk menghadapi tahun 2024 dengan pelancaran projek-projek baru hartanah. Ini termasuk Taman Perindustrian (Managed Industrial Park), Assisted Living, Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) dan Pembangunan Bercampur PKNS Square. Selain pembangunan pusat pertumbuhan baru, pembangunan projek-projek baru hartanah ini akan melonjakkan produktiviti dan prestasi PKNS pada tahun-tahun yang akan datang.
-
Nyatakan berapakah jumlah hasil pendapatan PKNS daripada penjualan rumah dan beberapa penjualan tanah sepanjang 10 tahun lepas?
Jumlah hasil pendapatan PKNS daripada jualan rumah adalah berjumlah RM2.8 billion manakala, bagi penjualan tanah adalah berjumlah RM1.6 billion sepanjang 10 tahun bermula dari tahun 2012 sehingga 2021.
-
Nyatakan berapa banyak rumah mampu milik yang telah PKNS rancang dan berapa banyak yang telah dibina sepanjang 10 tahun lepas?
Bagi tempoh 10 tahun iaitu daripada tahun 2012 hingga 2021, PKNS telah membina sebanyak 3,423 unit Rumah Mampu Milik dan Rumah Selangorku berbanding 4,147 unit yang dirancang yang mana baki 724 unit sedang dalam pelaksanaan pembangunan. PKNS komited untuk membangunkan kira-kira 10,000 unit Rumah Selangorku menjelang tahun 2030.