Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

323) PRESTASI PENGURUSAN UNISEL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan alasan mengapa Mesyuarat Lembaga Pengarah UNISEL tidak diadakan dalam tahun 2023? Apakah usaha Lembaga Pengarah untuk meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa? Apakah punca kemerosotan pendaftaran pelajar antarabangsa di UNISEL?

    Menurut Akta Syarikat 2016 dan Tataurusan UNISEL Sdn. Bhd. kelulusan bagi sebarang perkara yang memerlukan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah boleh diperolehi melalui mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau Resolusi Pekeliling Ahli Lembaga Pengarah.

    Suatu Resolusi Pekeliling yang ditandatangani dan dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah adalah sah dan mempunyai kesan seolah-olah ketetapan tersebut diluluskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengrah yang diadakan dengan sewajarnya.

    Pada tahun 2023, sebarang ketetapan yang memerlukan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Sdn Bhd telah diperolehi melalui Resolusi Pekeliling Ahli Lembaga Pengarah.

    UNISEL mengambil pendekatan proaktif dengan menyasarkan usaha menambah bilangan pelajar antarabangsa. Usaha ini juga bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mewajibkan IPT mempunyai sejumlah pelajar antarabangsa. UNISEL mengambil pendekatan yang agresif dengan  mengadakan hubungan  kerjasama dengan beberapa institusi  ternama di luar negara terutamanya di negara China, Oman, Turki, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Kenya dan Australia.

    UNISEL telah memulakan langkah untuk menyertai QS world ranking. Penyertaan UNISEL dalam QS Ranking ini akan meningkatkan reputasi dan kepercayaan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran di UNISEL

    Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Luar negara yang telah menandatangani MoU dengan UNISEL dari tahun 2023 sehingga 2024 adalah seperti berikut:-

     

    Bil. IPT Tahun Negara
    1. Universiti Waqaf Fatih Sultan Mehmet 2022 Turkey
    2. Universiti Suleyman Demirel 2022 Turkey
    3. Universiti Sakarya 2022 Turkey
    4. Arab Open University 2023 Oman
    5. Melbourne Polytechnic 2023 Australia
    6. Chisholm Institute 2023 Australia
    7. Holmesglen Institute 2023 Australia
    8. Universitas Swadaya Gunung Jati 2023 Indonesia
    9. Universitas 17 Agustus 1945 Samarinda 2023 Indonesia
    10. Universitas Kadiri 2023 Indonesia
    11. Universitas Bung Hatta 2023 Indonesia
    12. Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Tenggarong 2023 Indonesia
    13. Universitas Negeri Malang 2024 Indonesia
    14. Universitas Trunojoyo Madura 2024 Indonesia
    15. Yala Rajabhat University 2024 Thailand
    16. Xiangsihu College Of Guangxi Minzu University 2024 China
    17. Linxia Modern Vocational College 2024 China
    18. Chengdu Industry And Trade College 2024 China
    19. Universitas Negri Riau 2024 Indonesia
    20. Universitas Paramadina 2024 Indonesia
    21. University Of Electronic Science And Technology Of China 2024 China
    22. Institut Kesihatan Dan Teknologi Al Insyirah 2024 Indonesia
    23. Universitas Mulawarman 2024 Indonesia

     

     

    Berikut adalah bilangan kemasukan pelajar baharu bagi pelajar antarabangsa yang direkodkan dari tahun 2006 hingga sekarang.

    Tahun 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
    Bil.

    Kemasukan

    30 60 275 82 168 119 23 44 23

     

    Tahun 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024
    Bil.

    Kemasukan

    18 41 164 103 29 29 99 102 86 64*

    * Data sehingga Ogos 2024

     

    Gambarajah: Trend kemasukan pelajar baharu (antarabangsa) setiap tahun dari 2006

    Berdasarkan situasi sebenar jumlah  pengambilan pelajar antarabangsa, peningkatan pelajar antarabangsa berlaku pada tahun 2017 dan 2018. Walau bagaimanapun, bilangan pengambilan terjejas pada tahun 2019 dan 2020 kerana berlakunya pandemik Covid 19. Dengan usaha yang dibuat, terdapat peningkatan bermula pada tahun 2021. Dengan  trend peningkatan ini akan terus berlaku, bilangan kemasukan pelajar bagi tahun 2024 akan bertambah selepas pengambilan pelajar baharu bermula 14 November ini.

     

    Bilangan pelajar antarabangsa semasa mengikut Negara sehingga 30 Oktober 2024.

    BIL. NEGARA BILANGAN PELAJAR
    1 CHINA 163
    2 OMAN 121
    3 BANGLADESH 75
    4 INDONESIA 60
    5 KENYA 23
    6 SOMALIA 14
    7 COMOROS 7
    8 PAKISTAN 5
    9 THAILAND 5
    10 IRAQ 4
    11 BURKINA FASO 2
    12 AFGHANISTAN 2
    13 MALI 2
    14 SUDAN 2
    15 REPUBLIC OF GUINEA 2
    16 INDIA 2
    17 CAMBODIA 2
    18 ERITREA 2
    19 SYRIA 1
    20 TURKEY 1
    21 MYANMAR 1
    22 EGYPT 1
    23 NIGERIA 1
      JUMLAH 498

Lampiran

Tiada Lampiran.