Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

214) PRESTASI PENGURUSAN SAMPAH (SISA PEPEJAL)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan untuk meningkatkan tahap pengurusan sampah (sisa pepejal) terutama di kawasan bermasalah seperti di Jalan Teratai, Meru?

    Kebanyakan sampah yang dibuang di kawasan ini merupakan sampah yang dibuang oleh pekerja-pekerja kilang yang berhampiran, Majlis mengambil tindakan seperti :

     

    1. Bekerjasama dengan pekilang-pekilang yang berdekatan untuk menjaga kebersihan dengan mengadakan :-
      • Taklimat kepada semua pekerja kilang terbabit tentang kepentingan menjaga kebersihan.
      • Meletakkan tong sampah berdiri (standing Bin) yang akan disumbang oleh kilang Top-Glove disepanjang laluan bagi memudahkan pekerja kilang membuang sampah.

    2. Menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan seperti notis dan kompaun

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan prestasi kontraktor kutipan dan pembersihan di Negeri Selangor khususnya di Daerah Klang yang menghadapi masalah pembayaran lewat?

    Diantara langkah-langkah yang telah diambil ialah:

     

    • Berbincang dengan kontraktor agar manjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan sekiranya gagal, tindakan pemotongan bayaran atau penamatan kerja akan diambil.
    • Mempercepatkan proses bayaran tertunggak sekiranya semua dokumen yang diperlukan telah disediakan oleh pihak kontraktor.
    • Memastikan setiap kontraktor menghantar tuntutan bayaran dengan segera setelah mendapat Inden.
  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengagihkan kerja-kerja kutipan dan pembersihan ini supaya ia berjalan dengan baik dan telus?

    Pengagihan kerja kutipan dan pembersihan ini terletak sepenuhnya pada Alam Flora Sdn Bhd (AFSB). AFSB bertanggungjawab untuk menyaring syarikatsyarikat yang ingin melaksanakan kerja di PBT mengikut proses pemilihan dan kriteria yang ketat.

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui PBT boleh meminta AFSB menukarkan kontraktor yang tidak melaksanakan kerja pengutipan sampah dan pembersihan awam mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.