Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
7) PRESTASI PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prestasi PeBS bagi tahun 2021/2022 mengikut DUN?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah melantik Penggerak Belia Selangor (PeBS) untuk sesi 2021/2022. Hal ehwal pentadbiran, pengurusan dan pemantauan PeBS adalah dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor. Secara dasarnya, semua PeBS diperuntukan sebanyak RM20,000.00 bagi melaksanakan program-program di kawasan Dewan Negeri masing-masing melalui Ahli Dewan Negeri atau Pegawai Penyelaras Dewan Negeri.
Prestasi Penggerak Belia Selangor (PeBS) tahun 2021/2022 mengikut DUN adalah seperti dibawah :
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi tahun 2021/2022?
Bagi tahun 2021, jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM2,140,749.16 bersamaan 85% daripada jumlah peruntukan tahun 2021. Manakala jumlah perbelanjaan bagi tahun 2022, adalah sebanyak RM2,502,646.12 bersamaan 99% daripada jumlah peruntukan tahun 2022.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi merancakkan aktiviti PeBS pada tahun 2023?
Kerajaan Negeri sentiasa melihat penambahbaikan yang boleh merancakkan aktiviti – aktiviti Penggerak Belia Selangor (PeBS). Oleh itu, Kerajaan Negeri telah merancang beberapa program utama PeBS pada tahun 2023.
Di antara perancangan utama yang akan dilakukan adalah seperti berikut:
- Majlis Watikah Penggerak Belia Selangor Sesi 2023/2024
- Kongres Penggerak Belia Selangor
- Konvensyen Penggerak Belia Selangor
- Kursus Pengucapan Awam
- Program Daya Kepimpinan
- Kesukarelawanan
Kerajaan Negeri juga berhasrat agar PeBS dikawasan Dewan Negeri masing-masing, dapat memainkan peranan dengan memperkukuhkan kerjasama dengan pihak berkepentingan seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Komuniti India (KKI), Ketua Komuniti Cina (KKC), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pusat Wanita Berdaya (PWB), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), dan juga NGO yang bersesuaian.
Dengan maksud penganjuran bersama yang berdasarkan kepada 10 Domain utama yang digariskan seperti:
a) Kepimpinan Dan Literasi Politik
b) Hubungan Antarabangsa Dan Pemikiran Global
c) Keusahawanan Dan Ekonomi Digital
d) Pekerjaan Dan Pembangunan Kemahiran
e) Pendidikan
f) Kebudayaan, Kreativiti Dan Sukan
g) Keagamaan, Kesihatan Dan Kesejahteraan
h) Media Digital Dan Sosial
i) Nasionalisme Dan Patriotisme
j) Keseimbangan Alam Sekitar