Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

304) PRESTASI PEMUTIHAN PROGRAM KILANG HARAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kilang haram yang berjaya diputihkan dalam program-program lepas?

    Kilang Haram yang berjaya diputihkan dalam program-program lepas melalui Permohonan tukar syarat nyata tanah oleh pemilik-pemilik tanah atau pengusaha-pengusaha KTK di bawah program penyelesaian KTK yang dilaksanakan adalah sebanyak 630 buah kilang telah berjaya diputihkan daripada jumlah keseluruhan 2,867 buah kilang yang dalam senarai inventori bersamaan 21.97 peratus.

  2. Berapa kilang yang telah diroboh kerana enggan melalui proses pemutihan?

    Sepanjang Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran ini, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah berhati-hati dalam mengambil tindakan drastik seperti meroboh bangunan kilang dan merampas tanah yang telah melanggar syarat. Ianya adalah dilihat sebagai tindakan kekerasan yang akan merugikan banyak pihak dan melemahkan pertumbuhan ekonomi di Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri Selangor berpandangan jauh dalam memacu pertumbuhan ekonomi dengan menawarkan solusi menang-menang diantara pengilang dan Pihak Berkuasa Negeri. Justeru itu tindakan merobohkan bangunan kilang tanpa kebenaran merupakan langkah serta pilihan terakhir yang dikenakan terhadap pemain industri di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.