Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
176) PRESTASI PELABURAN SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai pelaburan yang dijangka untuk tahun 2019 berbanding tahun 2018?
Berdasarkan senario pelaburan semasa, pihak Kerajaan Negeri menjangkakan nilai pelaburan dalam sektor perkilangan adalah sebanyak RM 5 bilion bagi tahun 2019.
-
Apakah pembaharuan polisi Kerajaan Negeri bagi memastikan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama dalam Negara?
Bagi memastikan Selangor terus kekal sebagai destinasi pelaburan utama dalam Negara, pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sedang giat mempromosikan beberapa industri tumpuan utama berdasarkan potensi yang ada di negeri Selangor. Antara industri tumpuan utama tersebut seperti berikut;-
- Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics)
- Peralatan Pengangkutan / (Transport Equipments)
- Sains Hayat / (Life Sciences)
- Makanan dan Minuman / (Food & Beverages Industries)
- Mesin dan Peralatan / (Machinery & Equipment)
Selain itu, Kerajaan Negeri juga melalui Invest Selangor selaku agensi penggalakkan pelaburan Negeri akan terus melaksanakan inisiatif – inisitaif berikut bagi memastikan Selangor terus kekal sebagai peneraju dalam sektor perindustrian di Malaysia. Antara inisiatif – inisiatif tersebut seperti berikut;-
- Strategi jangka masa panjang;-
- Melaksanakan perancangan pelan perancangan strategik sektor perindustrian yang telah
Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-
- Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)
- Halal International Selangor Council
- Selangor Aerospace Council
- Bio Tech – Council
Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program misi pengalakkan pelaburan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara-Negara yang berpotensi dan yang telah dikenalpasti. Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui media cetak dan elektronik. Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan dalam dan luar Negara). Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan. Cadangan pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar Negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan Mewujudkan kawasan perindustrian yang selesa dan kondusif berkonsepkan Managed Industrial Parks. Penganjuran ekspo dan forum bertaraf
- Strategi jangka masa pendek;-
- Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau
- Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
- Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan
- Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaran kawasan perindustrian di setiap
- Mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu menyelesaikan isu-isu kawasan perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat Pihak Berkuasa