Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
62) PRESTASI PELABURAN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri sering berbangga dengan prestasi pelaburan negeri dari luar atau dalam negara yang menggalakkan. Apakah sasaran dan bagaimanakah prestasi pelaburan negeri setakat pertengahan 2011?
Kerajaan Negeri melalui SSIC Berhad mensasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM 10 bilion bagi tahun 2011. Bagi tempoh Januari hingga April 2011, sebanyak 80 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,193,884,013. Dari jumlah ini sebanyak RM 1,608,638,345 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1,585,245,668 adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 4,621 peluang pekerjaan telah diwujudkan.
-
Apakah program-program untuk menarik pelaburan yang dilaksanakan tahun ini?
Antara program-program untuk menarik pelaburan yang dilaksanakan pada tahun ini adalah seperti berikut;-
- Penyertaan dalam lawatan penggalakan pelaburan dan perdagangan anjuran MIDA.
- Lawatan teknikal pelaburan ke luar negara seperti ke China, Eropah dan Australia.
- Program-program lawatan dan kunjungan hormat terhadap syarikat-syarikat yang beroperasi di Negeri Selangor bagi meninjau permasalahan yang dihadapi.
- Membantu menyelesaikan isu-isu pelaburan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat yang sedia ada.
- Pemantauan terhadap perlaksanaan projek-projek pelaburan yang telah diluluskan oleh MIDA.
- Membantu mempercepatkan proses kelulusan projek-projek pelaburan.
- Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek pelaburan yang sedang dilaksanakan
- Mengadakan program networking dengan kedutaan asing, institusi kewangan dan dewan-dewan perniagaan asing yang ada di Malaysia.
-
Bagaimanakah status pelaburan di Bernam Jaya yang mahu dibangunkan sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa?
Di antara projek-projek yang telah dan sedang diusahakan oleh PKNS dan nilai pelaburan di Bernam Jaya adalah seperti berikut:
Bil. Pelaburan Projek Ulasan 1. Bernam Jaya International Airpark
• Kerjasama pintar PKNS-SICRedland Aviation Services diperingkat MOU. • Keluasan 1,500 ekar.
• Terminal, Fixed Base Operation (FBO) dan Maintenance Repairs &
Overhaul (MRO).
RM2.1b 2. “Retirement Village” dipakej bersama skim MM2H
• Kerjasama pintar PKNS – Nagamas Land Development Sdn. Bhd. peringkat akhir memuktamadkan perjanjian. • Keluasan 100 ekar.
• Kediaman bungalow villa dan semi-d villa.
RM148.9 juta Anggaran
Bil. Pelaburan Projek Ulasan 3. Ningbo Saide Electric Appliances Co. Ltd., & Ningbo Soenenve Automation Equipment
Co. Ltd.
• Pengeluar panel solar serta kelengkapan dan peralatan berkaitan. • Keluasan 80 ekar (30 ekar untuk tapak kilang dan 50 ekar untuk “solar farm”)
• Bersetuju untuk kaedah “built and sell”.
• Peringkat untuk memuktamadkan SPA.
RM100juta 4. Lapangan Golf & Resort (18 + 9 lubang) • Masih peringkat rundingan • Keluasan tanah kira-kira 300 ekar.
RM150juta 5. “Bernam Leisure Point” • Pembangunan bersepadu merangkumi kawasan rehat lebuhraya utara-selatan, “show-village,” terminal pengangkutan, “factory outlets,” dan taman tema. • Masih lagi diperingkat rundingan
• Keluasan tanah kira-kira 100 ekar
RM550juta Anggaran