Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

64) PRESTASI PELABURAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pelaburan yang dijangka untuk tahun 2017 berbanding 2016?

    Nilai pelaburan yang disasarkan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM 6

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama?

    Secara dasarnya antara usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan utama adalah seperti;-

    1.      Pengurusan

    • Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
    • Memperkukuhkan peranan agensi penggalakkan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur diperingkat Pihak Berkuasa
    • Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan
    • Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara jalan kawasan – kawasan perindustrian yang sedia
    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
    • Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran
    • Invest Selangor Talent initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang diperlukan.
    • Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada
    • Mewujudkan Selangor Aerospace Council dan Selangor Bio-Tech Council bagi merangka strategi dan hala tuju industri aero angkasa dan bio teknologi di Selangor

    2.      Networking

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang
    • Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa serta pertemuan-pertemuan yang turut melibatkan A.B. Dato‟ Menteri Besar, EXCO dan Invest Selangor Berhad.
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    • Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara
    • 3.      Promosi
    • Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
    • Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
    • Penganjuran Selangor International Expo yang dijadulkan pada 20

    – 22 Oktober 2016 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.