Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

11) PRESTASI PELABURAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berikan perbandingan serta faktor yang mempengaruhi prestasi pelaburan suku kedua 2019 dan 2020.

    Perbandingan yang mempengaruhi prestasi pelaburan suku kedua 2019 dan 2020 tidak dapat dinyatakan kerana statistik kelulusan projek perkilangan bagi tahun 2020 masih belum dikeluarkan oleh pihak MIDA. Namun begitu, pihak Invest Selangor menjangkakan prestasi pelaburan bagi tahun 2020 akan turut menghadapi kesan langsung akibat Pendemik Covid 19 dan juga dari Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kepada aktiviti pelaburan di dalam sektor perkilangan di Negeri ini.

  2. Bilakah Kerajaan Negeri menjangka prestasi pelaburan kembali pulih dan apakah faktor yang mendorong?

    Berdasarkan laporan daripada UNCTAD’s World Investment Report, prestasi pelaburan langsung asing (FDI) di peringkat global akan mengalami penyusutan sebanyak 40% pada tahun 2020 ini, kesan daripada Pendemik Covid19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh negara – negara yang terkesan. Laporan tersebut juga menyatakan jangkaan akan berlakunya penyusutan FDI global sebanyak 5% – 10% pada tahun 2021. Namun begitu, senario ini dijangkakan akan pulih secara beransur – ansur pada tahun 2022 kesan daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan yang sedang berlansung sekarang ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.