Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

3) PRESTASI KUTIPAN HASIL NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah kutipan hasil Negeri dari bulan Januari hingga 30 Jun 2011 mengikut pecahan daerah ?

    Butiran terperinci mengenai jumlah kutipan hasil Negeri dari bulan Januari hingga 30 Jun 2011 mengikut pecahan daerah adalah seperti di LAMPIRAN 2. Jumlah kutipan hasil negeri Selangor sehingga 30 Jun 2011 adalah sebanyak RM798,917,333.90. Hasil tanah merupakan hasil yang utama dengan menyumbang sebanyak RM653,609,188.99.00 iaitu 81% kepada kutipan hasil negeri. Manakala baki sebanyak RM145,308,144.91 iaitu 18.19% adalah terdiri daripada hasil lain-lain seperti Cukai Eksport Hasil Hutan, Cukai Hiburan, dan Terimaan Daripada Lain Agensi Kerajaan.

  2. Sila nyatakan apakah faktor-faktor dalaman dan luaran yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi kutipan hasil Negeri Selangor ?

    Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi prestasi kutipan hasil Negeri Selangor adalah:-

    1. Kekuatan dari segi kakitangan Unit Hasil dan Unit Teknikal di Pejabat Tanah Daerah berbanding bebanan tunggakan cukai tanah sepatut kutip.
    2. Kaedah dan inisiatif kutipan di peringkat Pejabat Tanah Daerah bagi memastikan cukai tanah dapat dikutip.
    3. Keberkesanan Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan       bagi memantau pelaksanaan strategi kutipan cukai tanah.
    4. Setiap Pejabat Tanah Daerah adalah tersendiri dan tidak mempunyai persamaan dari segi jumlah hakmilik tanah berdaftar, kekuatan kakitangan Unit Hasil dan sebagainya.
    5. Anugerah Insentif Hasil yang memberi insentif kepada Pejabat Tanah Daerah berdasarkan pencapaian kutipan cukai tanah semasa sebanyak 90% dan tunggakan cukai tanah sebanyak 70%.

    Manakala faktor-faktor luaran adalah seperti:

    1. Tahap kesedaran dan sikap pembayar cukai terhadap tanggungjawab membayar cukai tanah.
    2. Penunggak tegar iaitu syarikat pemaju yang enggan membayar cukai tanah kerana telah menjual hartanah kepada pembeli dan belum dipindahmilik terutama hakmilik strata.
    3. Terdapat juga masalah seperti syarikat yang digulung, syarikat dibubarkan dan projek terbengkalai.
    4. Keengganan segelintir pembeli yang tidak membayar duti setem bagi proses pindahmilik. Tunggakan cukai tanah tidak dapat dijelaskan oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri/ Syarikat pemaju selaku pemilik tanah kerana pindah milik kepada pembeli hartanah masih belum dilaksanakan.
  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kutipan hasil Negeri Selangor ?

    Langkah-langkah proaktif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kutipan hasil Negeri Selangor adalah seperti berikut :

    1. Pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah (Ops. Kutip 2011) dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pejabat Tanah dan Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pusat ICT Selangor sebagai satu pasukan. Di antara pendekatan yang dilaksanakan melalui Ops. Kutip adalah seperti berikut:-
      • Polisi ‘Knock Door’ iaitu dengan menghantar notis tuntutan dan surat peringatan terus kepada penunggak-penunggak tegar;
      • Mengadakan siri perbincangan bersama penunggak-penunggak tegar bagi menyelesaikan cukai tanah tertunggak;
    2. Memberikan peluang kepada penunggak untuk membayar secara ansuran berjadual dengan syarat pembayaran dibuat secara konsisten; dan
    3. Sekiranya penunggak tegar tersebut masih tidak menjelaskan cukai tanah tertunggak, Pejabat Tanah dan Daerah tanpa teragakagak akan terus menguatkuasakan Notis 6A, Notis Tuntutan Hasil Tertunggak dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan ia masih tidak dijelaskan maka seterusnya Notis 8A, Rampasan Tanah akan dilaksanakan.
    4. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah peringkat daerah dan negeri dengan memberi fokus kepada 3 perkara:
      • Penunggak Tegar Individu dengan tunggakan melebihi 5 tahun atau dengan jumlah tunggakan yang besar.
      • Penunggak Tegar Syarikat dengan tunggakan melebihi 5 tahun atau dengan jumlah tunggakan yang besar; dan
    5. Tunggakan daripada Hakmilik Bermasalah seperti suratan AA, hakmilik hancur, tanah hakis sungai, kolam oksidasi, pencawang elektrik, tanah wakaf.
    6. Mengadakan mesyuarat Tunggakan Cukai Tanah Anak-Anak Syarikat pula bagi memantau cukai tanah yang tidak dapat dijelaskan oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri selaku pemilik tanah kerana pindah milik kepada pembeli hartanah masih belum dilaksanakan.
    7. Selain daripada itu usaha meningkatkan hasil cukai tanah, Kerajaan Negeri juga meningkatkan hasil daripada bahan batuan terutamanya pasir melalui usaha KSSB yang mensasarkan kutipan hasil sebanyak RM16juta.
    8. Kerajaan Negeri melaksanakan Program Pemutihan Kilang Haram di mana kelulusan pemberimilikan tanah diberikan dan pemohon dikehendaki membayar Cukai Tanah Tahun Pertama dan Premiun Tanah. Program tersebut dilanjutkan sehingga Disember 2011. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menguatkuasakan pekeliling yang menetapkan supaya pemohon membayar dalam tempoh 3 bulan dengan tempoh pelanjutan bayaran premium hanya selama 1 bulan sahaja dan kelulusan pemberimilikan tersebut terbatal sekiranya pemohon gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
    TAHUN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) JUMLAH
                           
      MBSA MBPJ MPK MPAJ MPSJ MPS MPKj MPSp MDKL MDKS MDSB MDHS  
    2007         1,453,057.66 81,433.84 71,300.80 84,000.00   2,511,206.67     4,201,598.97
    2008 1,224.00       901,684.59   2,052.62 42,712.00 1,562,005.48       2,508,454,69
    2009   72,499.20           17,984.00 3,905.00 530,413.70 1,720,009.93   2,344,811.83
    2010 3,375.00 122,112.12   2,259,469.10 1,300.00   6,450.00     12,219,056.53 3,575,561.04   18,187,323.79
    2011 11,658,575.00 4,134,363.79 8,004,166.44 7,516,492.39   7,188,639.54 6,082,944.66 6,326,982.00 575,441.63 4,859,603.75 1,517,140.60   57,864,349.80
    JUMLAH 11,663,174.00 4,328,975.11 8,004,166.44 9,775,961.49 2,356,042.25 7,270,073.38 6,162,748.08 6,471,678.00 2,141,352.11 20,120,280.65 6,812,711.57    

     

Lampiran

Tiada Lampiran.