Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

1) PRESTASI KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN OLEH PBT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci Prestasi Kutipan Cukai Taksiran di semua PBT sehingga September 2017.

    Bagi memastikan perkhidmatan PBT di tahap yang optimum, Kerajaan Negeri telah mengariskan sasaran tahunan yang perlu dikutip oleh setiap PBT iaitu sebanyak 90% bagi Cukai Taksiran Semasa dan 70% bagi Tunggakan Cukai Taksiran.

    Kutipan cukai taksiran semasa dan kutipan tunggakan cukai taksiran dari Januari sehingga 30 September 2017 mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT Kutipan Cukai Taksiran Semasa

    RM

    Prestasi Kutipan

     

    Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran

    RM

    Prestasi Kutipan
    MBSA 245,555,673.47 87.49 18,458,904.84 45.56
    MBPJ 194,432,102.00 84.90 24,192,710.00 127.33
    MPK 142,613,347.11 93.27 22,947,687.52 53.20
    MPAJ 71,075,746.81 69.89 4,011,132.35 37.98
    MPSJ 156,652,209.28 83.71 27,492,386.01 78.55
    MPS 77,268,328.87 76.74 5,405,202.54 60.19
    MPKj 72,583,669.68 69.89 10,989,649.68 83.50
    MPSp 85,722,205.00 96.32 10,042,168.00 83.94
    MDKL 23,308,996.00 81.50 4,387,611.00 125.36
    MDHS 37,752,902.36 87.80 9,845,129.16 49.23
    MDKS 19,472,883.41 81.14 4,592,452.40 57.41
    MDSB 4,851,470.51 47.16 391,108.89 32.14
    JUMLAH 1,131,289,534.50 83.74% 142,756,142.39 66.66%

     *Sumber: Laporan Bulanan Yang Dihantar Oleh PBT Ke UPEN

  2. Apakah faktor-faktor yang dikenalpasti menjejaskan prestasi kutipan cukai tersebut?

    Faktor kenaikan kos sara hidup serta pengenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjejaskan keupayaan berbelanja di kalangan rakyat, sekali gus rakyat lebih memilih keutamaan dalam berbelanja. Namun begitu sikap bertanggungjawab rakyat Negeri Selangor harus diberi pujian. Walaupun di dalam kesempitan, rakyat Selangor masih lagi membayar cukai taksiran. Ini dibuktikan melalui prestasi kutipan hasil cukai taksiran semasa dan tunggakan bagi keseluruhan PBT Negeri Selangor adalah baik. Sehingga 30 September 2017, kutipan cukai taksiran semasa telah mencapai 83.74% manakala kutipan tunggakan pulak mencapai 66.66% berbanding sasaran. Kerajaan Negeri yakin kutipan secara keseluruhan bagi tahun 2017 akan meningkat berikutan masih terdapat tiga (3) bulan lagi sebelum tahun berakhir.

  3. Sila nyatakan apakah insentif dan kaedah yang dilakukan bagi melonjakkan prestasi kutipan cukai tersebut?

    Cukai taksiran merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PBT Negeri Selangor. Pelbagai insentif dan kaedah diberikan kepada pembayar cukai oleh PBT antaranya:

    1. Memberi hadiah seperti payung sebagai tanda penghargaan dari PBT bagi pembayar cukai yang membayar awal.
    2. Mewujudkan ‘Task Force” di setiap PBT bagi mengutip tunggakan cukai taksiran.
    3. Kemudahan bayaran secara atas talian serta melalui mesin kiosk yang diletakkan di tempat tumpuan awam.
    4. Menawarkan kemudahan ansuran serta perbincangan dengan pemilik akaun tegar bagi menyelesaikan masalah tunggakan.
    5. Mengadakan mesyuarat berkala di peringkat PBT bagi membincangkan isu tunggakan serta cara mengatasinya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.