Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

1) PRESTASI KUTIPAN CUKAI HIBURAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah unjuran kutipan cukai hiburan tahun 2017 dan bagaimanakah prestasi kutipan setakat ini?

    Berikut merupakan Anggaran Kutipan Duti Hiburan tahun 2017 dan Prestasi Kutipan sehingga 30 September 2017:

     

     

    HASIL DUTI HIBURAN

    ANGGARAN 2017 (RM) SEHINGGA 30 SEPTEMBER

    2017 (RM)

     

    PERATUSAN (%)

    Panggung Wayang 52,861,100.00 38,404,500.00 72.65
     

    Taman-Taman Tema / Pertunjukan Pentas / Konsert / Perlumbaan Kereta Dan Motosikal / Lain-Lain Hiburan

     

     

     

    3,639,000.00

     

     

     

    3,443,718.55

     

     

     

    94.63

    JUMLAH 56,500,600.00 41,848,218.55 74.07

    (Sumber : Laporan daripada Buku Tunai Unit Cukai Hiburan)

     

  2. Sila kemukakan faktorÐfaktor yang mempengaruhi prestasi kutipan cukai hiburan tersebut?

    Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kutipan duti hiburan:

    Kutipan Duti Hiburan adalah diperolehi daripada hasil Panggung Wayang dan Taman-Taman Tema / Pertunjukan Pentas / Konsert / Perlumbaan Kereta Dan Motosikal / Lain-Lain Hiburan.

    Daripada keseluruhan hasil duti hiburan sehingga 30 September 2017 yang berjumlah RM41,848,218.55, aktiviti hiburan panggung wayang adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak 92%. Sehingga 30 September 2017, hasil kutipan duti hiburan panggung wayang adalah sebanyak RM38,404,500.00.

    Kutipan hasil duti hiburan pada tahun semasa berbanding tahun 2016 mengalami penurunan sebanyak RM2,578,542.96 atau – 5.8%.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi penurunan prestasi kutipan duti hiburan adalah disebabkan daripada kurangnya sambutan penonton terhadap tayangan filem-filem tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kemorosotan jumlah jualan tiket panggung wayang. Berdasarkan statistik Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), kutipan filem tempatan di seluruh Malaysia sehingga 30 September 2017 adalah berjumlah RM37,939,700.49. Jumlah ini merosot berbanding kutipan tahun 2016 sebanyak RM73,053,891.85 bagi tempoh yang sama. Pembukaan panggung- panggung wayang baru selain usaha menaiktaraf panggung wayang sedia ada oleh pemilik panggung wayang tidak banyak membantu disebabkan oleh tiada filem ‘Blockbuster’. Secara langsung, penurunan hasil panggung wayang akan menjejaskan keseluruhan prestasi hasil duti hiburan.

     

  3. Sila nyatakan apakah langkah proaktif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menambah hasil kutipan tersebut?

    Berikut adalah langkah proaktif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menambah hasil kutipan cukai hiburan:

    Penguatkuasaan keputusan MMKN mengenai pelaksanaan kutipan duti hiburan ke atas taman-taman tema yang beroperasi di Negeri Selangor yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Kutipan duti hiburan telah dilaksanakan ke atas taman-taman tema yang telah tamat tempoh pengecualian duti hiburan;

    • Mempergiatkan lawatan dan pemeriksaan ke atas premis-premis hiburan bagi memastikan premis-premis hiburan beroperasi dengan lesen hiburan yang sah serta menjelaskan bayaran duti hiburan pada kadar dan jumlah yang sepatutnya secara konsisten selaras dengan Akta Duti Hiburan 1953 (Akta 103). Untuk, makluman, sehingga 30 September 2017 sebanyak 600 buah premis telah diperiksa ;

     

    • Mengkaji semula kadar-kadar duti hiburan yang dikenakan ke atas aktiviti- aktiviti hiburan yang dijalankan di premis-premis hiburan. Kali terakhir semakan semula kadar-kadar Duti Hiburan adalah pada 1 Oktober 2001; dan

     

    • Cadangan untuk menyediakan satu garis panduan dan penyelarasan berhubung pengeluaran lesen hiburan kepada pusat-pusat sukan rekreasi (Recreational Sport Park) yang menyediakan permainan sukan lasak seperti All

    Terrain Vehicle (ATV), dan pelbagai sukan air serta Indoor Theme Park yang menyediakan permainan seperti Wall Climbing, dan Trampolines. Pengusaha premis-premis ini mengenakan bayaran fi atau tiket masuk kepada pengunjung yang menggunakan fasiliti atau permainan yang terdapat di premis berkenaan. Premis-premis ini telah diberi lesen Pusat Sukan Persendirian dan tidak tertakluk di bawah Akta Duti Hiburan 1953 (Akta 103).

Lampiran

Tiada Lampiran.