Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
338) PRESTASI KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan kumpulan dan anak syarikatnya pada tahun 2014?
Pendapatan dan keuntungan kumpulan dan anak syarikatnya pada tahun 2014 (belum diaudit) adalah seperti berikut:-
2014 (RM Juta)
Pendapatan 315.372 Keuntungan sebelum cukai 130.504 Keuntungan selepas cukai 118.102 -
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Kumpulan Perangsang serta anak syarikatnya?
Nama, nilai dan lokasi projek kendalian Kumpulan Perangsang Selangor Berhad serta anak syarikatnya pada tahun 2014 adalah seperti berikut:
Pelaburan/Projek Nilai buku (RM)
Lokasi 1. Pelaburan secara usahasama dengan National Gas Cooperation, Oman di dalam NGC Energy Sdn Bhd untuk mengambil alih aset dan operasi Shell Malaysia Trading Sdn Bhd yang terlibat dalam pengedaran Liquified Petroleum Gas (LPG) di Malaysia. RM46.7 juta bagi 40% pegangan saham Kuala Lumpur 2. Pelaburan secara usahama dengan SAMENA Telecom Limited dan Connect Mena Limited Jebel Ali Free Zone (Connect Mena) di dalam Ceres
RM6.7 juta bagi 30% pegangan saham
Kuala Lumpur Telecom Sdn Bhd bagi operasi perniagaan “Mobile Virtual Network Operator” (MVNO) di Malaysia. 3. Projek usahasama dengan Setia Eco Templer Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh S P Setia Berhad) bagi membangunkan Perangsang Templer Golf Club (PTGC) kepada pembangunan kediaman dan sebahagian kecilnya sebagai komersial. Nilai buku tanah PTGC sebanyak RM81.15 juta. Nilai pembangunan kasar dianggarkan sebanyak RM1.2 bilion
Rawang, Selangor 4. Projek penyelenggaraan dan operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. Nilai buku ialah RM464.43 juta
Putrajaya